October 4, 2012

Doa Anak Kecil

"Ya Allah, tolong berikan Aunty Zie baby. Kasihanilah Aunty Zie". First time dengar kawan office mama bercerita tentang doa anak-anak dia untuk mama, sebak rasanya. Sangat sweet bunyinya. Tentu anak-anak itu gembira dengan goodies yang mama berikan masa birthday arwah Mia minggu lepas. Kawan mama kata, sebelum itu anak-anak dia bertanya "ibu, kenapa aunty zie beri kami kotak ni?" si ibu menjawab, "arini birthday anak aunty zie, tapi sekarang anak aunty zie dah tak ada". Ibu dia berkata lagi, "Dini dgn Aina kena doakan untuk baby auty zie, kena doakan juga buat aunty". Maka dgn itu, tercetuslah doa sangat ikhlas seperti diatas.

Hari Selasa pula, mama berikan keropok buat teman2 opis. Actually keropok tu mmg supposed kena masukkan dlm goodies birthday Mia tapi mama terlupa. Jadi, dapatlah officemate jadi macam budak2 kejap bila makan keropok kan. Extra bungkusan untuk anak-anak officemate mama. Hoping semua happy. 

Semalam ketika mama tumpang kawan mama balik separuh jalan, kawan mama bagitahu lagi tentang doa terbaru anak-anak dia untuk mama. " Ya Allah, tolong kasi Aunty Zie baby sebab dah lama aunty tak ada baby. Ya Allah tolonglah kasihan pada Aunty Zie". Ohh bikin airmata mama bertakung bila dengar kawan mama bercerita tentang doa anak dia buat mama.

Terima kasih wahai anak-anak kecil. Moga Allah permudahkan buat Aunty kan.

2 comments:

iwannabeumie said...

terharunya mama..alangkah bgusnya anak2 tak berdosa tu mendoakan kita mcm tu..suci dn telus jer..

Sizuka said...

Terharunye.. Sebak bace doa anak2 itu. sesungguhnye mereka sgt jujur dan ikhlas..

Popular Posts