September 29, 2010

Tentang Hari Mia Pergi

Sayang Mama,

Tepat jam 12.00 pagi tadi..cukuplah masa..terhentilah seketika dengupan jantung mama kerna, saat ini pada 3 tahun yang lepas, sayang menghembuskan nafas terakhir sayang setelah bertarung 3 hari untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini..yer sayang, hari ni juga cukuplah 3 tahun Mia tinggalkan mama dengan papa serta semua yang menunggu kehadiran Mia.

Saat ini juga pada tiga tahun yang lalu,  mama dengan papa dalam perjalanan pulang ke Perak, untuk menyempurnakan "perjalanan terakhir" Mia..sedihkan mama masa tu..kita tak naik ambulance sebab mia dah rasa naik kan, masa doktor pindahkan Mia, bunyi ambulance tu pun tentu Mia masih ingat laig "ninon ninon ninon", laju sangatkan? tapi Mia naik kereta dengan paklang, tok ayah yang pangku Mia..masa tu mama macam tak nak kasi sesiapa pun pegang Mia..tapi semua orang takut, takut mama tak boleh handle..kesian tok ayah, mesti dia sedih sangat, dah la tak sempat main dengan Mia, kena pulak pangku Mia yang semakin sejuk..

Kita naik kereta yang berlainan walaupun mama nak sangat temankan Mia, tapi semua orang tak kasi, sebab tak nak sesuatu yang buruk berlaku dikala kami ingin "sempurnakan" pemergian Mia.. kereta mama ni rasa terlalu lambat bergerak, masa tu bulan puasa..mama dah memang tak puasa hehehehe..tapi masih macam orang yang berpuasa sebab dari saat Mia nazak, kami tak makan walapun sebutir nasi, tak minum walau setitis air..tapi kami semua tak kisah sebab kami semua sayang Mia..

Akhirnya, Mia sampai dulu kat surau depan rumah mak tok dan tok ayah..mama masih jauh di belakang..hati mama ni dah meronta-ronta nak cepat tapi papa yang drive, jadi mama kena banyak bersabar sebab mama pun tahu papa nak cepat juga tapi tak boleh sayang..mama sampai masa tu semua orang nak sembahyangkan Mia lagi sekali..

Cantiknya anak mama dalam kain kapan yang putih itu..sejuk sangat mama rasa perut mama, beruntung sungguh mama sebab mengandungkan Mia mama, mama cuba bertahan, mama cuba bersabar, mama cuba menahan airmata, mama cuba segalanya, agar semua yang ada di dalam surau itu tidak turut bersimpati pada mama, tidak berasa kasihan pada mama..tapi mama gagal Mia, sebab mama gagal menahan tangis..lemah sungguh badan mama rasakan, sebab lepas solat jenazah, Mia pasti akan dibawa pergi..pergi dari pandangan mata mama, papa dan semua yang ada..

Selasai sudah solat untuk Mia, dakapan terakhir..ciuman terakhir dari tok ayah, mak tok, uncles dan aunties..masa tu dan saat ini juga mama masih terdengar-dengar esakan dari insan-insan yang sudi hadir..mama hampir lemah Mia, terlalu lemah untuk berdiri..tiba giliran mama juga akhirnya..cantik manis sungguh anak mama, tenang aje mama tengok Mia, mama cium Mia..tak nak lepas-lepas..cuba tahan airmata dari mengalir, masa tu mama sedar yang mama memang telah kehilangan Mia, Mia tak mungkin akan kembali pada mama..tangisan mama akhirnya meletus..Mia mama telah pergi!

Hari ini September 29, telah genap 3 tahun Mia pergi, tapi kenangan indah Mia walaupun sedikit tetap mama hargai, tetap tersemat dalam hati sanubari mama hinga mama mati..tunggulah mama mu ini Mia..tunggulah papa mu jua..insyallah, kasih sayang kita tetap akan kekal abadi..kita berpisah di dunia ini, namun yang pasti, kita akan bertemu nanti..mama sayang Mia..papa pun sayang Mia..Mia pulak sayang mama dan papa kan?

12 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

kerinduan yang amat mendalam..Ya Allah..kuatkan semangat mamanurin..hilangkanlah duka laranya..gantikan cahaya di wajahnya..Amin...

ICAZIESYIRA said...

sedih bila baca entry ni. harap terus tabah ye..

alcatraz77 said...

tersentuh hati kecil ku ni bila ku baca kisah mama yang penuh dengan dugaan, menitis air mata bila mengenang kan anak kecil yang telah pergi. bersabar lah mama kerana itu ujian Allah buat mama dan disebalik dugaan dan ujian itu ada hikmahnya. Berdoa lah semoga Allah menemukan mama dan anak di syurga nya nanti...

Mamanurin said...

ya ina,

rindu sangat..mulut boleh suara hati boleh berkata rindu namun sebenarnya tak ada perkataan utk satu kerinduan itu..

ica,

terima kasih kerana sudi baca entry ni..insyallah

al,

thans sudi berkongsi perasaan tentang anak kecil itu..insyallah

ash_mza said...

Salam a'laik...
Terasa sayu dengan kenangan mmbaca entry ini.
Moga mamanurin terus tabah dan cekal dalam hidup.
moga rohnya tenang di sana..
Yang pergi tetap pergi.
Yang ada truskan pjuangan~
Moga btemu di syurga firdausi sana. AMIN~

Mamanurin said...

salam a'alaik ash,

terima kasih kerna sudi membaca, insyallah, moga allah terus beri kekuatan dan kesabaran pada kami yang lemah ini..yer betul, moga bertemu di syurga nanti

shawls said...

to mamanurin....
yang pergi x akan kembali...
mamanurin kene yakin bahawa ALLAH yang takdirkan semua ini,,,
dan ujian ALLAH itu hanya untuk insan2 yang terpilih sahaja....
mamanurin insan yg dipilih kerana ALLAH tahu kemampuan mamanurin untuk menerima ujian ini,,,
sy harap mamanurin redha di atas segalanya...berusahalah semoga mamanurin dikurniakan cahayamata yang sempurna selepas ini..saya dari sini akan sentiasa mendoakan...
apa yang terjadi sesungguhnya mempunyai hikmah di sebaliknya

Mamanurin said...

shawls,

ya..yang pergi tak akan kembali..dan dia yang pergi adalah bidadari syurgawi..insyallah, allah dah beri ujian ini, allah juga dah beri kekuatan untuk kami menghadapinya, moga nanti pasti ada pengganti "dia" yang dah pergi

Bukan Bidadari said...

salam kenal.... entri pertama yg saya baca dlm blog ni... turut merasa getarnya.... :(

Mamanurin said...

salam..terima kasih ema kerna sudi membaca..hanya luahan rindu buat sang putri yang telah pergi..

Anonymous said...

Walaupun Pahit knyataan & suratan harus diterima dgn redha.. Sy dpt rasakna n bayangka. Saat prpisahan trakhir itu krna sy jg telah melaluinya suatu ms dulu.. Air mata yg ditahan begitu mnyesakkan dada.. Tp kita harus redha krna Allah lbh mngtahui yg trbaik utk dia yg prgi & kt yg masih dsini.. Sabar ye mama..

Anonymous said...

sedih bc pengalaman mamaNurin..saya pun juga pnh melalui 3 kali keguguran stlh 8 thn menunggu... Sabar ya mamaNurin..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...