November 3, 2012

Bila berdua tak sihat...

Sepanjang minggu yang sangat sejuk,saban hari hujan turun di Kuala Lumpur. Kalau time hari bekerja, belum cukup time balik, dah berkobar-kobar nak balik sebab nak kejar monorel! monorel ni suka buat hal kalau time hujan lebat. Takut kena tunggu lama, kesian pula kat papa yang tunggu kat KL Sentral tu. Jangan cari pasal nak minta papa ambil kat kawasan segitiga emas tu!!! tak gerak kereta. Jalan jammed, motor pun tak lepas nak cilok. Lagi buang masa, lagi stress jantung.

Papa masih lagi tak sihat, dan kali ini, mama pula yang temankan papa sakit dengan full package gitu. Kena pergi kerja juga sebab year end tak lama lagi, bila hujung tahun makin hampir, makin la banyak kerja. Cuba bertahan selagi mampu. 

Bila hanya berdua dalam rumah dan masing-masing sakit, sangat terasa ketika ini, rasa sunyi dalam rumah. Last week bila mama dan papa demam teruk, masing-masing tak ada selera nak makan, kami hanya makan butterscotch beread je. Ohhh masa tu, sangat berharap ada peneman dalam rumah yang menguatkan semangat kami. Sangat berharap adanya zuriat saat itu, yang mampu menjaga kami. Tapi..

Register dengan JKM dah buat tapi itulah kan, kenapalah tak ada news lagi..Kenapalah tak ada yang nak kongsi sayang dengan kami kan. Mama harap sangat, one sweet day nanti, mama dan papa akan ada rezeki macam orang lain juga. Ummmm kalau la ada orang yang kurang berkemampuan or sapa-sapa nak kasi baby baru lahir kat kami, insyallah andai ada rezeki, kami terima.

Oh treament? treatment belum lagi rasanya nak start balik, sebab sekarang busy sangat dengan kerja, busy renovation rumah baru so takut preasure lebih. Insyallah will continue treatment mama next year. Please doakan kami yer.

3 comments:

Sizuka said...

Semoga mama n husband cepat2 sihat yer..

mama, try tanya kat hospital jempol... katanya di ctu ramai yg nak serah baby sbb x mampu nak jaga kerana mereka org susah..

Sizuka said...

Mama try la tanye yer. Kwsn jempol mmg ramai org susah... tenpat tu pedalaman sikit. Saya selalu g sane sbb memantau projek2 utk org susah..

Anonymous said...

InsyaAllah.. Allah maha mngetahui apa yg trbaik utk kita.. Redha dgn ketentuanNYA

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...