November 29, 2012

Cerita Tentang Bidadari

Mama tak kerja hari ini sebab mama tak sihat. Dalam erti kata lain, mama on medical leave. Semalam doctor siap ambik darah sebab viral fever mama tak turun-turun lagi so better cegah dari melarat larat, tukar ubat and sedut darah mama hantar lab. Pagi tadi stay kat rumah kejap tapi belum tengahari lagi dah keluar rumah dengan papa pegi cari breakfast kat kedai mamak! orang lain dah cari makanan untuk lunch, kami cari breakfast.

Lepas makan, pergi tengok rumah baru, entah bila la nak masuk rumah tu pun tak tahu hehehee..dekat dalam kawasan yang sama dengan rumah kami sekarang tapi tak kisah, janji dekat nak balik Perak ahaks!!! lepas tengok rumah, konon nak terus balik tapi tayar kereta pecah!!! sebab papa yang jadi punca so tak adalah papa membebel, kalau mama yang jadi punca, mahu putus telinga dengar -:) heheh tu hakikat. Lepas mekanik datang ganti tayar spare, pergi bengkel tukar tayar lain. Ummmm perbelanjaan yang tak ada dalam list untuk hari ini! tapi sebab papa yang bayar, layannnnnnnnnnnn dengan senyuman je wink wink wink!!!

Dalam tak sihat, tekak nak minum air jambu ais, bila lalu kat jalan tu, brother yang selalu jual air tu tak ada so jadilah satu lagi alasan untuk keluar jauh dari area, rumah pergi tengok-tengok barang-barang untuk rumah baru. Asyik dok tengok je selalu, belinya tak jugak. Dalam perjalanan dok pot pet pot pet dengan papa, lastly mama cakap "mama rasakan, papa sakit teruk sebab Mia kan"..papa diam je. Mama sambung lagi, "mesti papa sedih dan tension sebab dia sakit sebelum mama kena operate, lepas tu terus duduk ICU, bila dah macam tu, semua papa kena buat sendiri, terkejar sana terkejar sini kan" tapi papa jawab "tak lah.."

Bila dengar jawapan papa macam tu, mama cakap lagi "dalam keadaan macam tu, papa tak menangis, papa tak cakap pun papa susah hati, mama je yang menangis mengadu kat papa, mama je yang kongsi rasa sedih mama kat papa tapi papa tak kongsi pun rasa sedih papa, mungkin sebab tu papa sakit teruk sebab simpan dalam, tak luahkan perasaan tu" sambil tu mama tengok muka papa sedih.

Papa cakap pula "alaaaa dia tak susahkan papa pun. dia anak yang baik dan pandai serta dengar kata papa sebab masa dekat ICU HTAR dengan heart beat yang turun naik, papa cakap "kalau heart beat mia cantik dan stabil, papa balik ambil mama"..memang dia sangat mendengar kata! Papa cakap, sampai sekarang papa rasa macam mimpi je yang papa balik ambil mama!!! tentang-hari-mia-pergi

Emmmm sangat-sangat tak sangka, perbualan itu timbul tapi deeply kami sangat merindui dia..sangat!!!!

2 comments:

Sizuka said...

Semoga mama cepat2 sihat yer.. Minum air zam-zam sambil niat utk sihatkan badan..

Anugerah said...

Assalamualaikum mama..Min rasa pernah komen kat blog mama ni, tapi sgt jarang2 la, selalu jd silent reader apatah lagi kalau online guna fon...
Ermm..bab mengungkap kisah lama tu mcm perkara yg tak dpt dielakkan kan?Min pun selalu camtu tambah plk bila hati rasa sunyi..InsyaAllah, tahun baru yg menjelma ni mendatangkan rezeki zuriat kedua buat kita berdua...
Ermm..just nak tanya, mama penah try x krim lumiglow? Saja nak tau psl dok tgk testi kat fb cam ramai yg preggy lepas pakai krim tu, tapi ntah la kan, tu testi dr peniaga...So, min nak cari testi sendiri...Harap x kisah :)

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...