June 5, 2013

Kisah QZA




Lahir pada 13/5/2013 pada detik 8.34pm dengan berat 3kg. Tetiba dia jadi sangat glamer!! Dialah Qaseh Zara Aishah anugerah Allah.

Menempuh perjalanan hampir 11jam dari Kuala Lumpur seawal 2pagi pada 15/5/2013 menuju negeri yang mama tak pernah jejaki iaitu Kelantan hingga tersesat ke Cameron Highland benar-benar dugaan yang amat besar buat mama dan papa ditambah pula dgn kesihatan papa yang tak menentu. Sepanjang perjalanan, papa sering diserang sakit dada tapi ayat ayat Al-Quran, zikir dan selawat yang sering dibibir papa sangat kuat dalam membantu papa mengharungi dugaan dan ujian Allah dalam memperolehi rezeki yang tidak dijangka ini.

Namun kerna percaya bahawa setiap dugaan itu adalah ujian dari Allah, kami kuatkan semangat, tabahkan hati cekalkan diri untuk tiba ke tempat tujuan. Terasa berdebar-debar..macam mana nak respond..betul ke mama punyer..rasa mengantuk dan penat tiada langsung. Syukur padaMu Ya Allah kerna pertolonganMu kami tiba dengan selamat..Allah sangat permudahkan dan pelihara perjalanan kami ini.

Teman-teman pejabat pun sangat excited dan sangat teruja bila dah tahu kami selamat sampai. Berdebar-debar sungguh!!! Terasa dia sungguh isimewa sebab ramai yang menunggu kehadirannya!!

Kehadiran kami disambut dgn layanan istimewa dari seorang teman pejabat mama. Kerna dialah, impian mama tercapai..terima kasih kakak dan dkc! hingga akhir hayat tidak mungkin budi baik terbalas..

Detik itu tiba untuk melangkah..satu langkah terasa berat..macam mana nak respond ni..sampai di ward akhirnya..ohhh!!!detik jam bagai terhenti..semua orang memandang mama, papa dan kakak doc tu..dalam hati terdetik, ehhh pakaian aku tak kena dengan tempat ke..bila keadaan macam itu, tangan papa juga yang mama cari..support..

Ramainya nurse pula kat sini...disambut dengan senyuman dan pertanyaan..dari KL yer? Senyum je sambil angguk angguk belum geleng geleng. Serba tidak kena...tiada bicara..

Subhanallah!!! Alhamdulillah Ya Allah.. Allahhuakhbar!!! dia dalam pelukan mama!!!! Bergenang airmata!!! Nikmatnya bila memperolehinya dengan segala ranjau dan dugaan yang terpaksa dihadapi. Dialah Qaseh Zara Aishah anak angkat mama dan kini anak susuan mama!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

10 comments:

Sizuka said...

Semoga QZA menjadi anak solehah ye sayang... teringin nak jumpa dak tomey ni..

sweet tooth said...

Mama, benar kan... di setiap kesulitan pasti ada kesenangan. I sgt gembira untuk mama. Nanti mama share on your effort nak hasilkan susu badan ye... boleh jadi panduan untuk rakan2 yang nak buat perkara yg sama.

m@m@yAyA said...

alahai da makin comel QZA..

akhirnya penantian akk berakhir dengan hadirnya QZA..
Subhanallah kak indah sguh bidadari akk nie..

Anonymous said...

wah bestnya sis...bila la saya nak dpt peluang mcmni...huhuhu..geram sungguh melihat baby QZA yg comei nih...

Unknown said...

Alhamdulillah..Comelnya rezeki dari ALLAH QZA

Anonymous said...

Bertuahnya kamu syg diciptakan dr Ilahi utk mendapat mama yg terbaik.Allah mmg tau mn yg terbaik

Mamanurin said...

Adik email akak @baby.nurinmia@yahoo.com..rasa mcm dekat jeckitachehehe

Anonymous said...

chaiyokkk mana..chaiyokk QZA.. BF BF n BF ye..take care..

NrlAidaHml said...

Mama..br berkesempatan ke sini..maafkan mommy ye..really happy for mama for this anugerah..glad to hear that QZA already in your arm..QZA anugerah terindah buat mama n papa..semoga terus dikurniakan rezeki utk trus BF Qza..n she's so adorable mama..lucky you..nnti update lg ye mama syg..

Anonymous said...

Alhamdulillah...
Nurin dah jd kakak ye...
Peluk cium buat si comel QZA...
smg mbesar dgn sihat & mjdi anak yg solehah...

Salam ramadhan....

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...