August 24, 2013
Fistula Papa
Appointment papa semalam adalah untuk melihat tangan papa yang telah dioperate sebelum raya tempohari. Result, sangat menghampakan! Fistula tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan dialisis papa. Berita yang sangat tidak mengembirakan mama dan papa . Papa macam biasa, tetap cool nampak luaran. Hati dan perasaan papa mama tak pasti. Keputusan tersebut bermakna, kedua-dua belah tangan papa tidak boleh digunakan untuk dialisis. Takakn nak guna kat leher macam sekarang. Kesian papa.
Selasa ini, papa kena pergi HKL lagi sekali untuk berjumpa pakar Nefrologi pulak berikutan result yang tidah bagus semalam. Hoping, ada jalan lain supaya papa dapat dialisis darah dengan sempurna dan sihat serta kuat.
August 20, 2013
Pusara kesayangan kami
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Mohon maaf andai terselit kata kata yang menyinggung perasaan dalam setiap entry mama.
Sebelum balik Perak, kami pergi ziarah kubur arwah mak mertua mama yang dekat Sunway. Kami pergi awal pagi. Syahdunya terasa. Sambil membersihkan pusara nenek, mama cakap dengan nenek.."mak, rin dgn sharif datang ziarah mak. mak, mak ada cucu baru. nama dia Qaseh Zara Aishah. Terima kasih mak sebab doakan kami. Mak, kami sayang mia juga tapi dia temankan mak. kami harap mak gembira dan bahagia dgn mia. kami rindu mak. rin rindu masakan mak. mak, mak doakan anak mak sharif sihat dan kuat yer." sambil tangan mama membersihkan pusara, itulah yang mama bisikan pada nenek sambil airmata berdera-derai keluar.
Papa anak bongsu. Masa papa bujang, nenek tinggal dengan papa sampailah kami berkahwin nenk tetap tinggal bersama kami. Pernah dibuat giliran antara papa adik beradik papa 3 orang lagi tapi nenek lebih serasi bersama papa. Kami kahwin sebelum raya, so bila raya konon nak raya dgn nenek dulu tapi dua hari sebelum raya, mama dah start nangis..nenek kesian, nenek kata kat mama dengan papa, tak apalah raya kat Perak dulu. Nanti raya dengan mamak pulak. Hehehe masa tu dah senyum panjang. Terima kasih mak. Setiap tahun selama mama dengan papa mesti balik Perak walaupun masa tu nenek ada. Dapatlah merasa kasih sayang nenek, masakan nenek yang sedap setiap hari selama 3 tahun.
Bila nenek tiada, mama sibuk dengan treatment dan mungkin berganti nyawa, mama pregnantkan bidadari syurga mama Mia. Tapi itulah, dugaan Allah, ujian Allah pada mama dan papa, Mia pergi jua. Rindu sangat sangat pada arwah mak mertua dengan anak mama yang kecik tu.
Kesibukan..Dugaan..Kerinduan Ramadhan
Hampir sebulan tak update blog. Bila nak update je, tersangkut..bila buka laptop je ada je benda lain yang kena buat..dengan papa..dengan Qaseh.
Sebulan ini juga penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Dengan fistula tangan papa yang rosak. Gara-gara rosak, dah papa kena guna IJC kat leher. Lepas tu, dalam bulan puasa jugaklah papa kena operate tangan gada gara nak nak buat fistula baru untuk dialisis. Kali pertama operation, maktok dgn tokayah datang rumah mama jagakan Qaseh sebab mama temankan papa dekat hospital..second operation, Qaseh balik duduk Perak dengan maktok seminggu sebelum raya sebab seminggu sebelum raya papa kena operate lagi tangan kali ini berhampiran lengan gara gara operation pertama di pergelangan tu, fistula tetap tak boleh guna. Penat sungguh.
Dulu masa masih berdua dengan papa, tak terkejar-kejar nak balik rumah berbuka. Ikut sempat aje kat mana yang boleh. Kali ini puasa berbeza dengan adanya Qaseh Zara Aishah. Setiap hari bekerja, dari sahur hinggalah ke berbuka, sangatlah kelam kabut. Balik dari office, terkejar-kejar nak balik ambil Qaseh dari rumah pengasuh. Terpaksa menempuh jammed di Jalan Duta yang sangat menyakitkan hati..terpaksa juga menahan rasa sebab Guthrie Highway pun macam tu juga. Jammed walaupun guna Smart Tag. Tak seronok bila kekadang terlewat ambik Qaseh dari rumah pengasuh walaupun pengasuh tinggal sebelah rumah. Time berbuka, makan apa yang sempat mama or papa beli masa kat office. Tak ada istilah nak singgah pasar ramadhan. Makan pun kena bergilir dengan papa. Alhamdulillah bila sahur, papa yang banyak bangun pagi untuk sediakan sahur..sahur yg ringkas.
Dalam kelam kabut masih lagi terasa..masih lagi merindu..masih lagi rasa dugaan yang amat berat..masih lagi terasa dua tangan mama ini..dua kaki mama ini melangkah membawa Mia untuk dimandikan dan dikapankan. Mama rindu Mia walapun mama ada Qaseh. Terasa Mia wujud dalam diri Qaseh..maafkan mama anakanada Mia.
Laut Biru
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
-
Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau be...
-
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...