August 24, 2013

Fistula Papa

Jumaat semalam, papa ada appointment dengan specialist dekat HKL. Papa pergi sendiri sebab mama kerja.

Appointment papa semalam adalah untuk melihat tangan papa yang telah dioperate sebelum raya tempohari. Result, sangat menghampakan! Fistula tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan dialisis papa. Berita yang sangat tidak mengembirakan mama dan papa . Papa macam biasa, tetap cool nampak luaran. Hati dan perasaan papa mama tak pasti. Keputusan tersebut bermakna, kedua-dua belah tangan papa tidak boleh digunakan untuk dialisis. Takakn nak guna kat leher macam sekarang. Kesian papa.

Selasa ini, papa kena pergi HKL lagi sekali untuk berjumpa pakar Nefrologi pulak berikutan result yang tidah bagus semalam. Hoping, ada jalan lain supaya papa dapat dialisis darah dengan sempurna dan sihat serta kuat.

4 comments:

Sizuka said...

Kak, napa yg kat tangan tu x boleh guna?

Mamanurin said...

doctor kata flow too slow

~MommyAida~ said...

ala sedihnyaa..sabar ye Mama papa..insyaALLAH ade jalan lain nati..Kesian kalau guna yang kat leher tu..tak selesa plus orang selalu dok pandang-pandang kan..huhuh

Mamanurin said...

mommy aqil, tu la. harap allah terus berikan kami kekuatan da ketabahan serta tunjukkan jalan

Popular Posts