August 20, 2013

Pusara kesayangan kami

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Mohon maaf andai terselit kata kata yang menyinggung perasaan dalam setiap entry mama.


Sebelum balik Perak, kami pergi ziarah kubur arwah mak mertua mama yang dekat Sunway. Kami pergi awal pagi. Syahdunya terasa. Sambil membersihkan pusara nenek, mama cakap dengan nenek.."mak, rin dgn sharif datang ziarah mak. mak, mak ada cucu baru. nama dia Qaseh Zara Aishah. Terima kasih mak sebab doakan kami. Mak, kami sayang mia juga tapi dia temankan mak. kami harap mak gembira dan bahagia dgn mia. kami rindu mak. rin rindu masakan mak. mak, mak doakan anak mak sharif sihat dan kuat yer." sambil tangan mama membersihkan pusara, itulah yang mama bisikan pada nenek sambil airmata berdera-derai keluar.


Papa anak bongsu. Masa papa bujang, nenek tinggal dengan papa sampailah kami berkahwin nenk tetap tinggal bersama kami. Pernah dibuat giliran antara papa adik beradik papa 3 orang lagi tapi nenek lebih serasi bersama papa. Kami kahwin sebelum raya, so bila raya konon nak raya dgn nenek dulu tapi dua hari sebelum raya, mama dah start nangis..nenek kesian, nenek kata kat mama dengan papa, tak apalah raya kat Perak dulu. Nanti raya dengan mamak pulak. Hehehe masa tu dah senyum panjang. Terima kasih mak. Setiap tahun selama mama dengan papa mesti balik Perak walaupun masa tu nenek ada. Dapatlah merasa kasih sayang nenek, masakan nenek yang sedap setiap hari selama 3 tahun.


Bila nenek tiada, mama sibuk dengan treatment dan mungkin berganti nyawa, mama pregnantkan bidadari syurga mama Mia. Tapi itulah, dugaan Allah, ujian Allah pada mama dan papa, Mia pergi jua. Rindu sangat sangat pada arwah mak mertua dengan anak mama yang kecik tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Sizuka said...

Teringat kisah balik beraya baru ni.. MIL n FIL pergi bandar beli barang.. 2 hari sebelum raya.. Masa balik tu singgah kubur.. MIL cerita, "mak pergi kubur M*rn*.. mak nangis"... M*rn* ni adik hubby.. meninggalkan ayah ibu sebaik saja lahir...

Alfatihah buat arwah nurin & m*rn*..

~MommyAida~ said...

Sedihnyaa Mama..Mommy pon tak sempat pergi kubur arwah mak Mertua Mommy..Period..sedih sangatt..sekarang masih mencari masa utk pergi dan bawak dua budak botak tu..huhuhu..semoga roh arwah dicucuri rahmat...rindu dekat mia juge..

Popular Posts