July 30, 2015

Bila Ada Bergembira Dan Berduka

Selamat Hari Raya untuk kesekian kalinya. Gembira dihari raya? emmm speechless..

Ada gembira, ada duka dan ada juga lara. Gembira dikelilingi sanak saudara, melihat Qaseh gembira. Terkadang terpalit duka dan lara rindukan papa. Rindukan saat beraya bersama..tiada lagi adengan mencium tangan...tiada lagi pelukan dan ciuman dipagi raya. Bertambah sayu hati melihat Qaseh tanpa seorang insan bergelar papa.

Dalam sebahagian yang menyambut kegembiran hari raya ada juga yang berduka selain dari mama..perasaan mama? luka lama berdarah..memori silam kembali menjelma.

Bersabarlah wahai teman-teman..wahai adik-adik. Walaupun ada yang hanya mengenali di laman sesawang, bermesra dalam group whazzup, ada yang pernah berjumpa ada yang tidak, namun apabila perkhabaran duka mengiringi sambutan hari raya..rasa syahdu itu tidak mampu dirungkaikan..

Kehilangan hampir 12 tahun menerjah kembali..saat orang lain beraya, mama beraya dalam kesakitan, bukan kerana sakit gugurnya kandungan tapi sakitnya kehilangan..

Kali kedua juga begitu..baling belakang 8 tahun yang lalu..Mia pergi kala puasa menginjak pergi..harus macam mana perlu dilawan perasaan ketika itu..

Menangislah wahai adik2 dan teman2..tangisan itu bukan tanda kita lemah bukan tanda kita perlu menyerah tapi tangisan itu antara satu cara untuk kita bangun  kembali. Menangis, kemudian kesatlah airmatamu, bangkit dgn tabah dan kuat teruskan kembali perjalanan kalian.

Biarkan bicara-bicara yang negatif berlegar diluar pendengaran kita, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kekadang orang kata, paham..dan paham lagi tapi kadangkala pendapat dan komen yang tidak sepatutnya diberi.

Sila dan tolonglah letak kan kaki dalam kasut kami..bagaimana perit menghadapi satu..bukan satu..dua kehilangan dan mungkin juga kehilangan berganda..ujian yang Allah beri pada setiap hambaNya tidak sama walaupun mungkin keadaan yang sama..jadi janganlah mendabik dada dengan berkata apa yang diperolehi.

Wahai adik2 dan kawan mama, Allah turunkan hujan bersama sedikit cahaya matahari untuk beri pelangi nan indah atas segala ujian dan dugaanNYA, maka percayalah pada DIA..

Mama will doakan kalian..as always..kalian tentu tahu kan bahu mama sentiasa terbuka untuk kalian tumpang berpaut, tumpang menongkat dagu kalian yang comel itu..

Papa, mama tumpang semangat yang papa tinggalkan utk mama. Walaupun kadangkala mama juga tidak kuat tapi bila menangis, mama terasa lega sikit..kesat airmata, pandang cermin..mmmm comel jugak muka mama bila menangis walaupun papa selalu cakap mama tak comel kalau menangis. .kemudian yeah!!! teruskan kehidupan bersama simata bulat kita.

Alfatihah buat mu suami tersayang Mohd Sharif Bin Johari, anak2 mama yang telah pergi, buat Qaseh juga supaya menjadi anak yang solehah dan alfatihah buat anak2 syurga dari auntie mama..main dulu dgn kakak di taman syurga yer..adik2 do take care..cepat recover Nurazieyah dan Norizwani..sayang both of you.

July 20, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari mama dan Q..maaf zahir batin buat saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yang mengenali secara dekat mahu pun jauh, diantara realiti dan maya.

Buat saudara mara dan sahabat handai arwah papa, ini kali kedua kami menyambut raya tanpa dia disisi tapi berkat doa kalian, kami dua beranak gembira sebab dia tentu bahagia disana dgn doa2 dari kalian..terima kasih semua..

July 5, 2015

Dr QZA

Alhamdulillah, lepas bangun tidur menangis, dapat kain papa tidur kembali dan bangun kembali dengan mood yang lebih baik.

Alhamdulillah juga, asthma dah tak ada, selsema pun dah hilang hanya sedikit batuk yang tinggal.

Dr Qaseh in the house! good girl!! belajar rajin rajin yer..jadi anak yang solehah, asyik hafal doa makan je anak mama ni..

Moga anak mama jadi seorang doctor yang baik, lemah lembut dan sabar. Nak jadi doctor kena kuat semangat, tak boleh putus asa.

Moga nanti boleh bantu orang orang yang memerlukan dengan ikhlas.

Mama love u Dr Qaseh!!

Adakah Dia Bermimpi

Pagi tadi Qaseh terjaga sambil menangis. Bila ditanya kenapa adik menangis, sambil menundukkan kepala, dia menangis lagi. Puas sudah memujuk, puas sudah memeluk tangisan masih sama...jalan terakhir..kain pelekat papa..kain yang telah dibasuh entah berapa kalinya..tapi itu kain fav papa dan sekarang kain itulah ada ketikanya menjadi kain kesukaan anakandanya. Emmm diam dan sambung tidur bila kain diberi.. anak bertuah.

Mesti masa tidur tadi dia termimpikan papa agaknya. Mesti kena marah dengan papa sebab selalu kasi mama susah hati, sebab selalu selerakkan rumah dan mesti kena bebel agaknya sebab lambat sihat..kih kih kih..agaknya..alangkah gembiranya andai mama tahu kenapa anak mama menangis..sedih sebab kena marah atau sedih sebab mimpi ngeri.

Wahai anak mama, andai mahu menangis, menangislah sayang agar tidak menjadi beban buat hati dan jiwa mu..andai telah hilang tangisan itu, bangunlah wahai anak, berjuang dan terus berjuang..kuat hati tabahkan diri..kekurangan yang satu itu bukan kelemahan mu sayang. Walaupun papa tiada di depan mu seperti papa orang lain tapi ketahuilah sayang papamu sentiasa di hati. Jangan pernah dilupakan..

July 4, 2015

Nebulizer Lagi

Hari ni kali ketiga Qaseh kena ambil nebulizer. Anak yang kuat. Redha menyerah bila doctor pasangkan nebulizer mask dekat dia. Tiada tangisan mahupun senyuman hanya wajah yang kosong.

Doctor tambahkan dos ubat neb utk dia..harap dia cepat pulih.

Qaseh, hari ini tak terik sangat cuaca, hujan dah turun, makan cuaca sesedap rasakan..makan cepatlah sembuh.

July 3, 2015

Qaseh Kena Asthma

Qaseh tidak sihat..mulanya demam, kemudian selsema dan batuk..semalam doctor kata ada tanda dia kena asthma..oh papa! 

Hari ini adalah hari kedua Qaseh kena ambil neb dan review ubat. Moga keadaan akan lebih baik dan dia tidur lena malam ini tanpa batul dan muntah.

Doctor kata, dia tak serasi atau ada alahan pada keadaan cuaca yang sgt drastik. Memang betul rasanya, bila musim hujan dan sejuk, bila panas dan kering beginilah keadaannya belum lagi nak kira kulit yang sensitif..makan akan bergaru garuan la jawabnya.

Papa dulu selalu kata, ucuk ni mengada mengada sebab panas pun tak tahan..tapi sekarang anak kesayangan papa lagi dasyat sensitif dia tau.

Doctor kata, alergic ataupun alahan Qaseh akan beransur hilang selari dengan peningkatan usianya.

Wahai anak mama dan papa yang busuk masam lagi comot, adik kena kuat, kena bertahan, kena lawan sakit adik yer.  Qaseh tahukan mama selalu susah hati kalau adik tak sihat..sunyi tau mama tak ada kawan nak ketawa, tak ada orang yag mama boleh usik..tak ada orang yang nak gaduh dengan mama..rindu mama kalau sehari adik tak panggil mama dengan suara halus adik tu..

Abang,  kami senantiasa mengingati papa. Moga rahmat Allah sentiasa bersamamu wahai pahlawan. Aamin

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...