May 12, 2010

Bila Hati Berbicara tentang..

salam..

Minggu lepas, minggu yang paling busy untuk aku. Uhhh penat giler. Hubby masuk hospital Sg. Buloh, stayed sampai seminggu for his carbuncle operation..sian dia..sedih gak tengok tapi nak tukar, nak ganti sakit dia mmg tak boleh, klu boleh lama dah aku mintak..ngeri betul nak tengok bekas operation dia..tangan kedua belah dah mmg bengkak membiru gara-gara ambik darah, masuk ubat, masuk air..huhuhhu dia pun mcm dah redha je..bila nurse dtg, tadah je tangan and lengan dia..after operation, sambung pula dyalisis...sakitnnya.

Seminggu di Sg. Buloh hospital, ingatkan boleh discharge, seronok hubby cuma seketika, kena pulak transfer ke Selayang Hospital..uwaaaaa lagi jauh wey!!!naik ambulan lagi..kat Selayang treatment for his kidney problem..peringkt akhir problem, so by hook or by crook, tetap kena dialisis seumur hidup..ada ke patut, one doctor tu bila nampak hubby terus kata," i thought you dah tak ada" cis!!!! ayat tak ingat..nasib baik aku ni penat, mengantuk semua ada, klu tak, mmg naya je kena report..

Dalam minggu ni, sehari aje aku pergi kerja..merempit dgn cousin..thanks yeah..thanks ain and eka coz' bersusah payah untuk we all, tak terbalas budi..hubby discharge petang semalam but complete documentation siap hampir pukul 8.30pm..tu pun semua benda aku kena ingatkan pada nurse..anyway Selamat Menyambut Hari Jururawat!!!

Malam tadi, first time dlm bulan ni hubby tidur kat rumah..tapi masih terkial-kial nak cari tune tidur..lastly tak tahan dgn keadaan yg tak selesa,, hubby tidur di sofa..siap pesan kat aku tidur dlm bilik...ishhhh camner lah aku nak tidur lena dlm bilik bila dia tidur kat sofa..lastly aku pun tidur kat depan sofa...bentang toto...fuh!!!tak sedar langsung bila tidur..sedar2 jam dah berlagu hantu hehhee..

Pagi ni sampai awal kat Hospital Selayang sebab nak parking keter..hospital punyalah besar, parking sekangkang kera!! jenuh nak berebut..padahal appointment kul 11.00am tapi dah sampai kul 7am..imagine la..sekarang hubby masih lagi dialisis and aku masih setia menanti..

No comments:

Popular Posts