June 26, 2011

Bila Mama Bersama Papa Tanpa Dia..

Mama cuti panjang ketika majlis perkahwinan adik mama..sebelum tu, bila buka IPad papa aje, mesti ada link hotel-hotel..ahakss seronok jugak bila belek-belek..tapi mama diam aje sebab time time busy nak kenduri kan..lupakan aje sebab memang tak tahu apa rancangan papa..

Bila balik KL je..still tak ada apa-apa permintaan dari papa seperti "mama, readykan pakaian etc yer" or "mama nak pergi mana-mana tak?" still tak ada..so tidur kat umah sendiri hari tu..next day, bangun pagi dok pikir nak makan apa untuk breakfast, almaklumlah orang lain kerja, kami masih lagi bercuti..mama tengok papa dok belek IPad dia..ummm mama biarkan aje papa Mia tu..lastly papa kata"mama, jom tidur hotel nak tak?" jiwa raga mama ni dah terloncat tergedik gedik nak aje..favourite tu!!so disebabkan mama tak pernah sampai kat Bukit Tinggi tu, so papa kata, jom kita pergi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi..papa call hotel terus booking and mama siapka apa yang patut. Thanks papa..ada Mia best ni!!! mesti seronok membebel2 dalam kereta..ummm rindu dia! Terus tak terpikir breakfast nak makan apa..seronok punyer pasal.

Sedikit photo mama dan papa disana..seronok sangat. Walaupun ramai yang kata, selagi belum ada anak, berjalan or pergi lah bercuti sebabkalau ada anak susah sikit nak gi jenjalan..ummm mama rasa puas sangat berjalan berdua, mama nak jalan dgn anak-anak mama serta papa, tak kira susah or senang, perasaan tu lain rasanya..mesti havockan?







June 24, 2011

Andai Bicara Itu Mampu Mama Tepis

Lama sungguh mama tak update rumah kecik yang mama kongsi cerita dgn kawan-kawan mama ni, hanya menjadi silent reader pada blog kawan-kawan mama, sesekali meninggalkan jejak, jejak rindu..bulan ni bulan yang tersangatlah sibuk buat mama, bulan yang sungguh memenatkan kerna mama sibuk dengan majlis perkahwinan adik lelaki mama, juga majlis pertunangan adik perempuan mama..penatnya. Maafkan mama Mia sayang, sebab dah lama tak mencoret cerita tentang mama dan papa.

Minggu ke dua cuti sekolah yang lepas (10 - 11 June), majlis pernikahan serta perkahwinan adik lelaki mama berlangsung dipihak perempuan..semua family turun KL tapi semua termasuk mama berkampung di Intekma Resort Shah Alam..seronok kumpul ramai-ramai tapi lagi seronok kalau Mia ada..boleh main kolam renang macam cousins Mia yang lain..berkampung kat Intekma tu dari hari Khamis hingga Ahad..tapi mama still rasa sedih sikit sebab anak mama tak ada.

 
anak2 sedara yg tak ingat nak makan kalau dah dapat masuk swimming pool
nikah & kenduri pihak perempuan
Seminggu lepas tu, hari Jumaat (17 June) lepas Asar, adik perempuan mama pula bertunang dan esoknya majlis sambut menantu merangkap sambut adik ipar baru mama hehehehe..penat betul, tambahan pula semua persiapan untuk kenduri pertunangan dan perkahwinan adalah secara gotong royong..fuh!!! nak menangis pun dah ada..

acik diyah tunang


bakal MIL..tengah discuss..Aqilah & Batrisya
sambut menantu kat umah tok ayah Mia
Memang seronok bila dah berkumpul ramai-ramai, lagi seronok bila ada majlis macam ni tapi yang tak seronok asyik kena soalan cepu mas, soalan bonus dsbnya..mama tak suka.Tapi sebab terpaksa, kenalah tahan telinga, kenalah senyum manis (wlpun kekadang tak ikhlas)..bukan sebab apa, cuma mama rasa sakit hati pun ada, geram tak usah lah nak kata..marah pun ada..asyik-asyik tanya soalan berdua lagi ker? ishh tak nampak ker..eh mana baby?..uh!!! tak suka tak suka..la ya ker? macam mana boleh "simpan" awal..tak jaga makan ker? lasak sangat kut? tak try cara lain ker? argggggg!!!! rasa macam nak cili je mulut orang yang bertanya..kalau tak pernah bersua muka, rasanya ok lah kan kalau mama nak terangkan, ni saban tahun jumpa, mau tanya lagi ka? boleh tak klu mama letak gambar Mia kat sini jugak? mama nak letak jugak, walaupun gambar yang sama, sebab dia hanya ada 3 hari je tau kat dunia ni..

anak mama yang selalu mama rindu..mama  sayang budak kecik ni
Setelah selesai majlis, berkenduri memang seronok tapi berkendara memang sakit segalanya..letih!!! malam tu tangan mama dua-dua belah tak boleh gerak, tak rasa langsung!! mama dah cuak tak mau jadi perkara yang tak diingini..siap selawat banyak kali tapi still tak boleh gerak walaupun dah mula rasa kebas..papa yang tak sihat bertambah tak sihat tengok mama, sian papa..sorry yerk..mama baca fatihah pula kat air suam byk kali, pastu mama minum, alhamdulillah makin lama tangan mama dah boleh gerak tapi bisa tu tetap ada..tak tahulah mama kenapa jadi macam tu..disebabkan mata dah tak boleh nak tidur menahan dek rasa bisa yang tak abis lagi,sambil baring, sambil cerita kat papa apa yang berlaku disiang hari, siap menangis teresak-esak mama Mia ni..salah mama kah Mia, bila mama kena "simpan" Mia..diaorang ingat mama nak sangat "simpan" Mia awal ker? tak tahu ker, nak dapatkan Mia pun susah..orang pandai berkata, tapi pernahkah meletakkan diri kat tempat mama..ingat hilang anak mcam hilang duit, hilang duit, lima minit memang ihavoc, ni hilang anak, sampai mati pun tak akan hilang..agak-agak Mia kan,diaorg nak rasa tak perasaan mama yang kehilangan Mia?

Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, kasihanilah hambaMU yang lemah dan selalu lalai ini..kuatkan imanku Ya Allah, tabahkan hatiku Ya Allah..kurniakanlah dari sisiMu Ya Allah, zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, yang sihat walafiat dan sempurna segalanya untuk kami hamba-hambaMU agar mereka berhenti berbicara tentang rezekiMU..Amin

June 23, 2011

Hurt

There is a thin line that separates laughter and pain
comedy and tragedy
humor and hurt.

 Mirror is my best friend,because when i cry it never laughs !
 

June 14, 2011

Words

Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart. 


If I had a single flower for every time I think about you, I could walk forever in my garden.

Sad..Alone

Oh, sweet sorrow, the time you borrow, will you be here when I wake up tomorrow?

-Katherine Wolf

June 7, 2011

Deliver..Pregnant

Maktok kata "Along, Sabrina (cousin mama) dah bersalin"..heheh mama jawab apa? mama jawab "ya ker? so?..terukkan jawapan mama tapi tu spontan..mak tok pun cerita, sabrina ambill anak angkat, dah besar dah budak yang di jaga tu, alih2 pregnant dan bersalin pun..kuasa Allah kan..ummm maktok nak "hint" suh ambik anak angkat ker?

Tadi mama call maktok lagi, saja je call, kalau tak call sehari maktok tu dah susah hati, orang lain tak call tak apa, tapi janganlah mama tak call, macma cacing kepanasan je..ingatkan dah tutup pasal orang bersalin dengan pregnant..rupanya belum lagi..kali ni wife cousin mama jugak..but dia pregnant! ummmm anak number 2 cousin mama ni sebaya dgn arwah Mia, bulan yang sama, muda 3 hari aje...sedihkan? siankan kat mama..aduh maktok Mia ni buat mama malas nak bercakap..dah hilang tahap kesabaran dah agaknya maktok ni dok tunggu mama tak pregnant lagi heheheh..sabar ehhh..

June 5, 2011

Jejak Kasih

Sakit perut mama still tak elok lagi, kejap datang, kejap hilang, dah macam chipsmore pulak kan, kejap ada, kejap tak ada tapi chipsmore sedap, sakit perut mama ni tak sedap. Sakit perut mama ni bukan sebab nak kena ulang pergi toilet, tak ada pun pergi toilet setiap 5 minit, tak ada langsung..sakit mama ni kalau datang, macam kain kena spin kat mesin basuh tu, sakit sangat.

Kawan mama kata, ada gangguan kat perut mama..alhamdulillah kawan mama tolong clearkan dari jauh and mama dok baca selawat nabi banyak2, sakit tu dah berkurang sikit walaupun ada rasa sakit tapi tak lah sekerap macam dua tiga hari lepas..malam tadi mama tidur lena, tak sedar pun papa bangun, sedar-sedar dengar msg masuk kat handphone, kawan mama hantar " macam mana perut ko? dah ok ker belum "..dengan mata yg ala ala kuyu tu, mama balas "alhamdulillah dah ok sikit, tidur pun lena, tqvm"

Harini mama pergi majlis pertunangan anak sedara belah papa..mula tu memang tak nak ikut langsung, malas nak ikut or sebenarnya tak suka nak pergi. Sebabnya kalau mama cerita mesti semua tak percaya tapi itulah hakikat sebenarnya..malu pun ada..tapi sebab kesiankan papa, mama pergi jugaklah majlis kat Sri Damansara tu..inilah pertama kali mama tengok anak sedara papa tu, kiranya anak sedara mama lah jugakkan..anak kakak papa yang number 2..bayangkan sejak mama kawin dengan papa hampir 8 tahun 4 bulan 4 hari, inilah pertama kali mama tengok dia and mama hadir pada majlis pertunangan dia..pelik kan? itulah juga puncanya mama marah sangat!

Bukan jauh sangat rumah mama dengan rumah kakak papa tu, setiap kali pergi rumah dia, mesti anak sedara sorang ni tak ada, kalau ada pun dok dalam bilik, nak keluar salam pun tak ada, kalau kenduri rumah mak sedara yang lain pun tak pernah nampak bayang dia, even sepupu2 dia pun macam tak suka je..bukan sebab apa, kiranya macam tak ambil peduli sedara mara yang lain..anak sedara ni lelaki tau..bara memang bara giler mama..

Lepas pergi kenduri pertunangan tu, mama singgah Ikea, ramai ler pulak orang..last last pergi buat foot relexology, backand shoulder massage! best betui terapi harini setelah marah punya pasal hehehhe..,harini mama hanya nak cerita tentang "Jejak Kasih" hampir 8 tahun lebih..tak tahulah dia tahu, mama ni mak usu dia or tak sebab tadi langusng tak tegur mama..argggg bengang giler! papa tak cakap banyak lah sebab papa yang ala ala paksa mama ikut kan, kalau cakap banyak, mesti kena tempias marah mama..tak tahulah mama kenapa jadi macam tu, nak salahkan kakak ipar mama, tak tahulah kan..rasanya baik salahkan anak sedara sendiri lah yer sebab dia dah besar, dah boleh pikir..

June 4, 2011

Mama sakit

Mama tak sihat! Demam agaknya..malam tadi tak boleh tidur, perut sakit sangat, tak selesa..rasa macam dalam perut ada baby je..macam masa ketika Mia ada kat dalam perut mama, menggeliat, main tendang-tendang..mmg rasa teruk sangat malam tadi, sian papa tak boleh nak tidur sb mama dok mengerang sakit..nak kata angin, abis semua minyak papa dah sapukan kat perut mama.. Pregnant? Mama baru abis period heheheeh...but kuasa Allah, harap mama pregnant, hehehe desperate nak pregnant lagi..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...