June 5, 2011

Jejak Kasih

Sakit perut mama still tak elok lagi, kejap datang, kejap hilang, dah macam chipsmore pulak kan, kejap ada, kejap tak ada tapi chipsmore sedap, sakit perut mama ni tak sedap. Sakit perut mama ni bukan sebab nak kena ulang pergi toilet, tak ada pun pergi toilet setiap 5 minit, tak ada langsung..sakit mama ni kalau datang, macam kain kena spin kat mesin basuh tu, sakit sangat.

Kawan mama kata, ada gangguan kat perut mama..alhamdulillah kawan mama tolong clearkan dari jauh and mama dok baca selawat nabi banyak2, sakit tu dah berkurang sikit walaupun ada rasa sakit tapi tak lah sekerap macam dua tiga hari lepas..malam tadi mama tidur lena, tak sedar pun papa bangun, sedar-sedar dengar msg masuk kat handphone, kawan mama hantar " macam mana perut ko? dah ok ker belum "..dengan mata yg ala ala kuyu tu, mama balas "alhamdulillah dah ok sikit, tidur pun lena, tqvm"

Harini mama pergi majlis pertunangan anak sedara belah papa..mula tu memang tak nak ikut langsung, malas nak ikut or sebenarnya tak suka nak pergi. Sebabnya kalau mama cerita mesti semua tak percaya tapi itulah hakikat sebenarnya..malu pun ada..tapi sebab kesiankan papa, mama pergi jugaklah majlis kat Sri Damansara tu..inilah pertama kali mama tengok anak sedara papa tu, kiranya anak sedara mama lah jugakkan..anak kakak papa yang number 2..bayangkan sejak mama kawin dengan papa hampir 8 tahun 4 bulan 4 hari, inilah pertama kali mama tengok dia and mama hadir pada majlis pertunangan dia..pelik kan? itulah juga puncanya mama marah sangat!

Bukan jauh sangat rumah mama dengan rumah kakak papa tu, setiap kali pergi rumah dia, mesti anak sedara sorang ni tak ada, kalau ada pun dok dalam bilik, nak keluar salam pun tak ada, kalau kenduri rumah mak sedara yang lain pun tak pernah nampak bayang dia, even sepupu2 dia pun macam tak suka je..bukan sebab apa, kiranya macam tak ambil peduli sedara mara yang lain..anak sedara ni lelaki tau..bara memang bara giler mama..

Lepas pergi kenduri pertunangan tu, mama singgah Ikea, ramai ler pulak orang..last last pergi buat foot relexology, backand shoulder massage! best betui terapi harini setelah marah punya pasal hehehhe..,harini mama hanya nak cerita tentang "Jejak Kasih" hampir 8 tahun lebih..tak tahulah dia tahu, mama ni mak usu dia or tak sebab tadi langusng tak tegur mama..argggg bengang giler! papa tak cakap banyak lah sebab papa yang ala ala paksa mama ikut kan, kalau cakap banyak, mesti kena tempias marah mama..tak tahulah mama kenapa jadi macam tu, nak salahkan kakak ipar mama, tak tahulah kan..rasanya baik salahkan anak sedara sendiri lah yer sebab dia dah besar, dah boleh pikir..

No comments:

Popular Posts