August 18, 2011

Tentang Tiada..

Mama tiada cerita gembira untuk dikongsi, tiada cerita duka juga untuk dikongsi, cuma ada kerinduan yang sangat dalam..

Mama tumpang gembira bila Aunt Mira dah berjaya pregnant, wlpun masih baru mama harap rahmat Allah senantiasa bersama Aunt Mira dan kandungannya.. tumpang gembira juga buat ibu Jiey, Ummi serta mama Damia, moga segalanya dipermudahkan Allah buat mereka. Rasa mama? Hanya mama yang tahu..cemburu? sudah tentu tapi semua itu rezeki dari Allah. Maafkan mama andai perasaan mama begitu, mama hanya hamba yang terlalu lemah.

Allah kurniakan hambaNYA akal untuk berfikir tapi kenapa akal itu tidak digunakan ketika berada di tempat ibadat? kemana hilangnya rasa hormat pada insan-insan lain. Andai diri masih budak kecil, mahu juga mama maafkan tapi sebab umur bukan budak, memang buat mama rasa geram. Ramadhan adalah untuk melakukan sebanyak mana amalan yang baik tapi..takkan lah tidur kat surau siap berselubung dari tengahari sampai abis solat pn tak sedar-sedar..yang buat mama rasa teruk sangat, dgn tiada perasaan bersalah, boleh ambik sejadah sampai dua, konon nak buat bantal, siap baring belakang mama yang nak ready nak solat..baru nak start, boleh pulak handphone berbunyi, kut yer nak jawab, pergilah keluar dari surau, ni dok bercakap jugak..fuh!!! sakit mata dan sakit telinga mama..notis dah naik pun tak reti nak baca ker?? 

Kelmarin,mama keluarkan bantal Mia..sebab Mia tak ada, bantal Mia, mama simpan dlm kotak plastik..sedapnya bau baby..papa nampak tapi papa diam aje sebab mesti papa tahu mama rindu Mia..esok mama nak balik rumah maktok lagi..

Buntu dalam mencoretkan sesuatu..sebab selalunya cerita mama hanya berkisar pada kerinduan mama..

3 comments:

Lady Mira said...

terima kasih mama. its ok mama, mira faham. Cantik template baru mama :)

Mamanurin said...

ur most welcome dear mira..thanlks yer sb kekadang perasaan cemburu tutak boleh nak elak heheheeh..terima kasih, mama cepat boring sebab tu tukar template free hehee

raihana latif said...

byk kn besbar...sesungguhnye kamu insan terplh,mia skrg berada di tmpt yg paling selamat n aman...

al-fatihah bwat mia...

jom lawat blog rai...

Popular Posts