July 17, 2012

Luahan dalam monorel

Ohhh!!! sangat-sangat sakit perasaan mama. Sebenarnya rasa malas nak meluahkan perasaan dekat rumah kecil ini tapi mama kena juga mencoret rasa dan perasaan mama supaya rasa itu stabil..rasa itu akan buat mama lega.

Sepanjang hari, mood kat opis tak best sebab rasa RINDU itu menyesak diri. Andai rindu itu bersuara, pasti ramai yang tahu sakitnya RINDU itu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

July 12, 2012

Doa


Ramadhan  hampir tiba, tetiba rasa rindu yang sangat dalam. Walaupun hampir lima tahun yang lepas, bulan yang berlainan kenangan berpuasa ketika mengandungkan arwah masih lagi terasa, alhamdulillah  Mia  baik-baik aje dalam perut mama, tak pernah meragam, mama gembira dengan kehadiran Mia. Ramadhan juga mama tak sempat menghabiskan puasa mama sebab Mia tak sabar nak lihat dunia. Papa pun sampai tak sihat sebab kelam kabut dengan kita berdua. Tapi Mia nak tengok dunia kejap aje, tak nak tunggu lama-lama kat dunia ni sebab dunia ni kejam, dunia ni sementara. Lima tahun yang lepas, Mia pergi ketika Ramadhan hampir berlabuh pergi. Hampir 4 tahun mama mencuba, berusaha dengan pelbagai ikhtiar untuk dapatkan Mia, tapi hadirnya Mia hanya seketika. Bahagialah anak mama, tunggu mama dan papa di sana wahai bidadari kecil mama..

Mama copy dari satu blog yang mama baca. Tuan empunya mohon izin share yer. Nora
 
Doa Mohon Zuriat

July 5, 2012

Terima Kasih Puan

Petang tadi, mama berbual dengan pegawai JKM yang call mama pada hari Isnin . Kebetulan dia ada tinggalkan number handphone dia pada mama supaya bila mama dah ada nama untuk baby yang sepatutnya jadi tanggungjawab mama, mama boleh hantar pada dia dan dia akan readykan segala dokumen untuk perintah mahkamah. Namun itu bukan rezeki mama. Nama telah ada, tapi baby pula tiada.

Dari pagi asyik jari ni nak mendail number beliau dan akhirnya petang tadi sebab tak tahan, mama terus dail. Alhamdulillah, beliau masih ingat mama. Thanks Puan Midah sebab sudi berbual dengan saya dan memahami saya. Insyallah, saya akan bersabar. Baby tersebut pun dah jadi milik orang lain. Moga dia perolehi kasih sayang dari keluarga barunya.

Harap Dia Bahagia

Sangat penat!!! Semangat macam hilang gara-gara kejadian hari isnin lepas. Rasa sangat-sangat tak teruja. Rasa mengantuk tahap tak ingat. Pagi tadi cakap dengan papa..'sayang, if dapat that baby, sure hari ni kiter cuti kan..pergi court ambik dia kan'..saat mama berkata begitu, rasa erat sangat genggaman jari papa..yes!!arini baby itu ke mahkamah..mama harap insan yang bertuah itu seikhlas hati menyayangi dia..mama yang tak mempunyai rezeki tetap doakan dia gembira.

Published with Blogger-droid v2.0.4

July 3, 2012

Masih Terasa

Pagi tadi, duduk kat sofa sementara tunggu papa bersiap, rasa sedih itu masih ada..rasa sakit pun sama. Bila papa sapa dan berkata 'mama...mama ok tak?" mama cuba tahan dari menangis dengan menundukkan kepala tapi saat papa tiba airmata mama terus mengalir laju tanpa henti..ohhh papa, am so sorry!!! mama ingat pesan papa tentang rezeki namun peristiwa semalam benar-benar meremukkan hati mama..sampai hati diaorang..tapi hingga saat ini mama masih berusaha memujuk hati..apa guna merebut hak orang walaupun ketika dia hampir menjadi milik mama, saat itu dia dibuang dan di nafikan haknya..mama yang miskin ini telah tertumpah kasih walaupun belum melihatnya..kasih mama diragut lagi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

July 2, 2012

Impian Yang Musnah!!!

Hati hancur berkecai, perasaan jadi beku. Hari ini kebahagiaan dan kegembiraan yang mama rasai sejak pagi tadi setelah menerima panggilan di sentap kala petang tiba! 

Sekadar berkongsi cerita, tentu ramai yang tahu mama pernah register dengan Orphancare, dah pergi interview dengan JKM lagi sebab mama dengan papa sangat-sangat inginkan penyeri rumahtangga kami. Kami masih lagi berusaha dengan pelbagai treatment tapi masih belum berjaya. Dalam pada itu kami masih lagi mencuba dengan pengambilan anak angkat untuk berkongis rasa kasih dan sayang. Alhamdulillah, hari ini mama dapat call tentang baby yang nak diserahkan pada keluarga angkat untuk dipelihara. Suka sangat sampai mengalirkan airmata!!! berkongsi cerita dengan kawan-kawan office, alhamdulillah mama rasa diaorang pun gembira dengan mama. Insyallah Khamis ni, kami kena pergi court untuk urusan pengambilan baby ni depan hakim tapi....

Tapi, andai itu bukan rezeki mama, tetap bukan rezeki walaupun hampir dipeluk ia. Petangnya rasa bahagia itu disentap. Panggilan lagi sekali dari JKM benar-benar membuatkan mama kehilangan kata-kata. Mama tak tahu macam mana nak respond pada suara yang memanggil tu. Diam dan kaku. Nak menangis tapi airmata tak nak mengalir tidak seperti pagi tadi ketika perkhabaran gembira itu tiba. Sampai hati kan..dulu masa orang JKM tanya, masing-masing tak nak pelihara baby tu, masing-masing nak buang tapi bila ada insan yang lemah ini benar-benar dambakan baby tu, kalian minta pula nak pelihara!!! kalian musnahkan harapan ibu ini!!!

Masuk kereta aje lepas balik kerja, terus menangis bila pandang papa!!! oh!!! sangat berat rasa ini!

July 1, 2012

Kedai Lampu

Semalam sehari suntuk keluar pergi survey barang-barang keperluan untuk rumah baru. Last week dah pergi terjah dua kedai lampu dekat Puchong tapi choice dan harga tak berkenan kat mata dan hati mama.  Langsung tak beli apa-apa pun! Jadi semalam mama dengan papa decide pergi ke Puchong lagi, kali ni area Puchong Utama. Nasib baik papa dah biasa dengan area sana, jadi bertambah senanglah nak cari kedai berkenaan ditambah lagi dengan co-pilot yang cekap ni..mama la!

Houses of Lightings
Okay kita sampai aje depan kedai ni, parking full tapi sebab rezeki satu petak kosong parking jadi hak mutlak kamig ok. Adoi!!! masuk aje, terkesima kejap sebab ramainya orang. Mata mama pun dah melilau-lilau cari barang, sambil bisik kat papa, "fuh!!! ingatkan kita paling awal, rupanya ada lagi paling awal, ramainya orang".

Memang banyak choice dari mama nak survey dulu terus dok tulis lampu apa nak beli, nak letak kat mana dalam rumah baru tu. Staff sangat-sangatlah baik, mesra alam dan boleh minta tolong apa saja. Ada pelbagai bangsa dan agama staff diaorang ni. Layan customer sama aje. Tak pilih ok. Kalau nak beli kipas, elok beli cash sebab murah sikit. If payment guna card, harga sama aje. 

Kat situ juga terpandang seorang baby yang didukung dek ayahnya..sangat sinonim cara dukungan tu. Bila diperhatikan terus teringat Qhalif anak somebody yang mama selalu baca entry dia kat blog! sapa lagi kalau bukan Ben Ashaari Maaf yer Ben tak pergi say Hi or apa pun sebab tengok Qhalif macam rimas, orang ramai di tambah mama yang sangat pemalu ni jadi mama perati aje dari jauh Qhalif dengan Mr Ben ni. Nampak lain sikit Mr. Ben ni sebab macam dah susut sikit badan tu, penat jaga Qhalif yer.

Okay, sedar tak sedar hampir 4 jam kami kat kendai lampu ni, sempat buat kawan baru lagi tapi puas hati sebab dari nak survey terus membeli lampu. Sebab datang dengan kereta kecil, jadi seater belakang tu memang penuh dengan kotak-kotak lampu. Nasib baik tak sambar kipas angin kalau tak, mahu kena simpan dulu kat kedai sebab kereta tak muat. So far, mama dengan papa sangat berpuas hati dengan harga, layanan dari staff kedai tersebut.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...