Ramadhan hampir tiba, tetiba rasa rindu yang sangat dalam. Walaupun hampir lima tahun yang lepas, bulan yang berlainan kenangan berpuasa ketika mengandungkan arwah masih lagi terasa, alhamdulillah Mia baik-baik aje dalam perut mama, tak pernah meragam, mama gembira dengan kehadiran Mia. Ramadhan juga mama tak sempat menghabiskan puasa mama sebab Mia tak sabar nak lihat dunia. Papa pun sampai tak sihat sebab kelam kabut dengan kita berdua. Tapi Mia nak tengok dunia kejap aje, tak nak tunggu lama-lama kat dunia ni sebab dunia ni kejam, dunia ni sementara. Lima tahun yang lepas, Mia pergi ketika Ramadhan hampir berlabuh pergi. Hampir 4 tahun mama mencuba, berusaha dengan pelbagai ikhtiar untuk dapatkan Mia, tapi hadirnya Mia hanya seketika. Bahagialah anak mama, tunggu mama dan papa di sana wahai bidadari kecil mama..
Mama copy dari satu blog yang mama baca. Tuan empunya mohon izin share yer. Nora
5 comments:
InsyaAllah mamanurin...pasti ada adik bidadari yang akan menemani hari tua kita..InsyaAlah..bersama2 lah kita berdoa, beramal sempena Ramadhan yang semakin menghampir ini, semoga dikurniakan zuriat yang kita nanti2kan selama ini..min ada terbaca, jika sesiapa yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, banyakkan amalan di bulan Ramadhan terutama sekali solat sunat di waktu malam, solat dhuha di waktu pagi dan membaca al-Quran..semoga kita dipermudahkan, semoga Ramadhan tahun depan kita sambut bersama adik bidadari kita...
Min titipkan sekali status di fb Dr Hamid Arshat :-
"Setelah lebih 30 tahun merawat masalah ketidak suburan, saya dapati tidak ada satu kaedah rawatan yg menjamin kejayaan utk hamil termasuk rawatan secara bayi tabung uji(IVF), suntik benih suami(IUI), pembedahan buang cyst atau fibroid, repair fallopian tube, ubat subur clomid atau suntikan subur gonal. Rata2 kadar kehamilan antara 10 hingga 30 %. Untuk meningkatkan kesuburan makanan yang berzat dan berkhasiat serta exercise 30 minit sehari, tenangkan fikiran dengan solat, baca quran dan berzikir. Ramai yg hamil dalam bulan ramadan, sila ambil peluang keemasan ini utk berdoa dapatkan zuriatan toiba."
Insya Allah...cpt atau lmbt Dia pasti akan mdgr & mmakbulkn doa hambaNya ..
Doa sy utk mamanurin jga... > hugs ketat2.. :)
Alhamdulillah.. sama2 kita berdoa + membaca Quran + berharap + ikhtiar = mendapat hasilnya dgn izin dari-Nya
I just like the helpful information you supply to your articles.
I will bookmark your weblog and check again here regularly.
I am reasonably sure I'll be told a lot of new stuff proper right here! Good luck for the following!
Also visit my webpage: hakukoneoptimointia
Hello There. I found your blog using msn.
This is a very well written article. I'll make sure to bookmark it and return to read more of your useful information. Thanks for the post. I will definitely return.
Visit my webpage st augustine MMA
Post a Comment