Petang tadi, mama berbual dengan pegawai JKM yang call mama pada hari Isnin . Kebetulan dia ada tinggalkan number handphone dia pada mama supaya bila mama dah ada nama untuk baby yang sepatutnya jadi tanggungjawab mama, mama boleh hantar pada dia dan dia akan readykan segala dokumen untuk perintah mahkamah. Namun itu bukan rezeki mama. Nama telah ada, tapi baby pula tiada.
Dari pagi asyik jari ni nak mendail number beliau dan akhirnya petang tadi sebab tak tahan, mama terus dail. Alhamdulillah, beliau masih ingat mama. Thanks Puan Midah sebab sudi berbual dengan saya dan memahami saya. Insyallah, saya akan bersabar. Baby tersebut pun dah jadi milik orang lain. Moga dia perolehi kasih sayang dari keluarga barunya.
No comments:
Post a Comment