Semalam 29/9/2012, genap 5 tahun dia pergi bersama linangan airmata dan rasa kasih sayang mama dan papa dia. Hampir setiap tahun mama selalu berharap agar bulan bernama September tidak akan wujud dalam calendar tahunan dunia.
Dua hari lepas, mama buatkan entry tentang hari paling bermakna buat mama dan papa, kelahiran dia yang sangat kami nantikan sekian lama, dan hari ini mama buatkan satu entry tentang hari dia pergi. Anak kecil putih merah mama yang tak sempat mama berikan kasih sayang ketika di dunia, yang belum puas mama gomol-gomol tapi mama hanya mampu melaksanakan tanggungjawab mama sebagai seorang ibu yang kerdil buat anaknya yang telah pergi..menyempurnakan segala urusan dan amanah Allah pada seorang hamba kecil kudus itu.
Rasa rindu itu tak mampu mama luahkan. Rasa sunyi itu sangat bisa. Tapi itu ketentuan Allah pada mama dan papa, walau sakit pedih kehilangan itu, kami tetap redha kerana dia anak mulus kami, kerana dia sumber kekuatan kami, kerana dia kami lebih mengenal erti sabar. Bila 5 tahun berlalu, selalu berangan dia sudah sebesar sepupunya Aqilah yang hanya tua dua bulan dari dia. Selalu terasa dia tak akan serasi dengan Aqilah sebab dia pasti seorang yang kuat cemburu dan Aqilah juga seorang anak sedara yang sangat suka cemburu. Mama yang akan jadi mangsa cemburu mereka.
Melihat lakonan Eja dalam Cerekarama malam tadi, terasa sangat perit kehilangan anak kesayangan itu sebab terasa seoalah-olah itu luahan hati mama yang kehilangan anak. Menonton cerita tersebut membuatkan airmata tak henti mengalir.
Alfatihah..Yassin buat anakanda kecil mama Mia. Moga dia senantisa mendoakan mama dan papa dia di dunia ini. Selamat tinggal September!!
1 comment:
Samalah kita kehilangan anak dibulan sept..semoga mereka menunggu kita..rindu ibu hanya kita yg tahu
Post a Comment