December 1, 2012

Hari ini

Pagi tadi breakfast kat Kota Damansara, kedai mamak fav papa. Ohhh ramainya orang. Nasib baik cepat dapat makanan yang di order. Keluar pergi cari breakfast pun dah dekat jam 10 pagi kan hehehehe.

Lepas makan, pergi bayar hutang-hutang. Orang kurang duit macam mama ni memang nak kena bayar hutang. Ahaks!!! Kalau la ada banyak duit, kan best. Banyak benda yang boleh dibuat, dibeli dan digunakan. Ummmmm, mama selalu cakap dgn hati, andai mama ada duit banyak, mama nak tolong anak-anak yatim, orang susah sebab mama selalu rasa sedih bila tengok diaorang. Rasa hati ni memang kalau boleh nak pergi hujung minggu kat rumah-rumah anak2 yatim ni tapi mama ni jiwa raga tak kuat, cepat sensitif karang menangis pulak..tu yang bikin papa bising tu..

Settle bab bayar hutang, singgah Ikea kejap..nak cari meja makan. Dah berkenan, harga alhamdulilah ok tapi bab nak beli kerusi, kena beli satu-satu!!! Kalau nak beli 6 buah kerusi, ambik ko!!! Boleh dapat lagi sebijik meja makan..ummm..camner ni!! Masuk je dulu dalam list hehehe..

Keluar dari Ikea, cuaca panas sangat so balik rumah je. Terus start membasuh  pakaian mbil kemas mengemas. Papa jadi chef hari ini. Ummmm sambil membasuh, sambil dok bersin. Marvellous betul bau masakan papa. Sangat tak sabar nak makan lunch merangkap dinner ni. Hujan dah terus. Dapat tidur lagi best!

No comments:

Popular Posts