December 20, 2012

Jammed!

Hujan lebat saat keluar dari office. If dah hujan kat KL ni, sure jalan raya tu tar jalan pun tak nampak sebab jammed!


Office mama kat kawasan segitiga emas! lagi masak!! Mmg tak ada ruang langsung..dah hampir 2 jam dalam kereta ni..melewati Hard Rock huhuuuu sangat penat.


Papa dah banyak kali sms dok bertanyakan mama kat mana..oh my kepala dah penat. Time ni la polis tak ada nak jaga traffic!! Hoping mama dapat sampai rumah sebelum 9.30malam!! Ada orang nak tengok rumah nak sewa huhuhu.


Now, kat Jalan Tar..ciluk ciluk dan ciluk hehehehe..kalau Mia ada ni sure mama dah kena bayar OT kat nursery ni. Bibik? Ohhh tidak..papa tak suka!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Syurga tempatmu sayang

Membaca..bertakung airmata dan akhirnya mutiara itu berkecai jua. Membaca majalah wanita untuk edisi bulan Januari,2013..mengimbau saat bersama Mia..


Ungkapan yang hampir sama mama bicarakan pada Mia.."pulanglah Mia..mama redha..inilah sahaja yang mama mampu laksanakan sebagai tanggungjawab mama yang terakhir..sambil air mata menitik nitik, dah dikesat pun masih lagi menitis..sambil tangan mama menyiram air putih itu pada tubuh kecil bidadari mama..Mia masih ingatkan..


Published with Blogger-droid v2.0.4

December 19, 2012

Culik

Adik mama merangkap mak teh Mia dah kena warded. Dah turun darah sebagai tanda nak bersalin! yes..insyallah dapat lagi mama anak sedara. Moga Allah permudahkan segalanya untuk adik mama, moga dia sihat dan kuat, moga baby nanti pun selamat dan sihat bila lahir.

Mode!!! tak sabar nak culik anak sedara sendiri!

December 12, 2012

Pantang

Aircond yang terlalu sejuk kat opis mama memaksa mama pakai stoking. Bukan hanya hari ini je mama pakai stoking, hampir setiap hari mama guna sebab saluran aircond betul betul ata kepala mama. Sejuk giler.

Semua sudah tahu yang mama ni memang tak tahan dengan aircond..jenuh diaorang sumbat kertas kat saluran aircond tu supaya mama tak rasa sejuk sangat..mama dah biasa tak comel kt opis tu gara gara dok berstoking dan berbaju panas tapi harini sangat sangat SENTAP!! sebab mama sentap ialah ada kawan sorang ni dengan nada suara yang kuat bertanya brapa bulan dah ni pantang..ohhhh kakak!!macam tak biasa tengok mama ni pakai stoking.

Mama yang sentap terus menjawab, dah lama dah.nak masuk 6 tahun dah..masa tu perasaan sedih sangat..rasa moody terus!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

December 4, 2012

Pernah Ada..

 Status FB mama semalam..

ummmm..citer lunch hour tadi..someone berkata dan bertanya..

dia : senyum dan berkata, nampak dah berisi sikit
me : senyum juga sambil berkata, a'ah asyik dok makan je sambil bertanya, akak tak lunch ker?
dia : tak..malas nak makan. Sambil terus bertanya..anak berapa orang
me : ohhh anak x ada..opsss pernah ada tapi dah meninggal

mode masa tu : -:( rasa nak jadi halimunan masa tu jugak!

dia : dah brapa lama kawin? tak apa, boleh honeymoon lama-lama..

mode : lambatnya lift ni nak sampai level 9 ni!

December 1, 2012

Hari ini

Pagi tadi breakfast kat Kota Damansara, kedai mamak fav papa. Ohhh ramainya orang. Nasib baik cepat dapat makanan yang di order. Keluar pergi cari breakfast pun dah dekat jam 10 pagi kan hehehehe.

Lepas makan, pergi bayar hutang-hutang. Orang kurang duit macam mama ni memang nak kena bayar hutang. Ahaks!!! Kalau la ada banyak duit, kan best. Banyak benda yang boleh dibuat, dibeli dan digunakan. Ummmmm, mama selalu cakap dgn hati, andai mama ada duit banyak, mama nak tolong anak-anak yatim, orang susah sebab mama selalu rasa sedih bila tengok diaorang. Rasa hati ni memang kalau boleh nak pergi hujung minggu kat rumah-rumah anak2 yatim ni tapi mama ni jiwa raga tak kuat, cepat sensitif karang menangis pulak..tu yang bikin papa bising tu..

Settle bab bayar hutang, singgah Ikea kejap..nak cari meja makan. Dah berkenan, harga alhamdulilah ok tapi bab nak beli kerusi, kena beli satu-satu!!! Kalau nak beli 6 buah kerusi, ambik ko!!! Boleh dapat lagi sebijik meja makan..ummm..camner ni!! Masuk je dulu dalam list hehehe..

Keluar dari Ikea, cuaca panas sangat so balik rumah je. Terus start membasuh  pakaian mbil kemas mengemas. Papa jadi chef hari ini. Ummmm sambil membasuh, sambil dok bersin. Marvellous betul bau masakan papa. Sangat tak sabar nak makan lunch merangkap dinner ni. Hujan dah terus. Dapat tidur lagi best!

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...