April 26, 2014

Bila papa tak ada

Hari ini adalah big day adik bongsu mama. Saat mama post entry ni mesti adik mama tengah berdebar debar nak akad nikah. Macam mama dulu berdebar tunggu papa!

Saat ini juga, terasa sungguh kekurangan yang ada. Rindu kelibat papa yang sebuk usung kamera. Rindu jadi model papa. Kan Qaseh.  Rindu sungguh sungguh pada papa.

Papa, mama tak pergi majlis akad nikah adik..kami berdua dekat homestay ni..Qaseh tak brapa nak sihat. Ada ulcer kat tepi mulutnya. Badan dah susut sebab tak nak menyusu. Sedih tengok dia papa.

Rindu sungguh dia pada papa. Rindu kasih sayang papa. Menumpang kasih sayang bapa2 saudara je papa..takkan sama dengan kasih dan sayang papa beri pada dia walaupun hanya sementara.

No comments:

Popular Posts