April 26, 2014

Bila Qaseh Menangis..Mama Pun Menangis

Allahhuakhbar..Sayunya hati parahnya jiwa bila Qaseh menangis papa..sedihla papa..

Papa, dalam tidur lena dia tadi tiba-tiba dia menangis sampai tak keluar suara..mama takut papa..jarang sangat dia menangis macam tu..sambil memujuk dia mama bacakan fatihah dan 3 Qul sambil tersedu sedan menahan tangisan..

Papa, tolonglah hadir dalam tidur kesayangan papa ni..Ya Allah padaMu aku memohon Ya Allah, demi anakanda kami, kasihanilah dia Ya Allah..

Papa...entah kenapa banyak benar airmata mama gugur hari ini..papa, mama perlukan kekuatan papa untuk meneruskan hidup mama dengan anak kita papa..mama seakan tidak berdaya bila Qaseh menangis begitu teruk..mama harap sangat papa ada sekarang memeluk mama dan berkata "mama jangan lah nangis, nanti papa nangis sama" sama macam papa pujuk mama bila mama rindukan arwah Mia.

Papa, mama nak papa cakap Qaseh will be okay..mama tak mau nangis lagi sebab mama hodoh kalau menangis..mama rasa dia sangat rindu papa macam mama juga.

Malam ni mama bertemankan air mata. .harap Qaseh papa tidur lena hingga ke pagi..papa, mama akan jaga Qaseh papa sampai akhir hayat mama. Dia hadiah papa buat mama kan...

1 comment:

Anonymous said...

subhanallah... mama bertabahlah mama teruskanlah..semoga mama sentiasa diberi kekuatan Allah SWT

Popular Posts