June 29, 2014

Ramadhan Pertama Tanpa Papa

Hari pertama bersahur tanpa papa..hanya minuman mengisi membasahi tekak. Tiada selera..termenung lama di dapur.

Hari pertama berbuka, bersama Qaseh pergi ke pasar ramadhan. Aduh!! ramainya orang..mencari air dan kuih untuk berbuka. Dulu bersama papa, kini Qaseh. Tiada mampu untuk menjelajah pasar yang panjang dan padat dengan orang sambil mendukung Qaseh, nampak air yang dihajati, terus membeli..kasturi asam boi dan air mata kucing. Sangat tidak berdaya dengan anak berdukung dan bungkusan air ditangan. Kereta parking jauh. Qaseh pertama kali ke pasar ramadhan. Teruja gayanya.

Kalau papa ada, tentu papa tak kasi bawa mata bulat dia ke sana tadi. Sebab sesak dan asap. Emm mama pun dah serik nak ke pasar kalau bawak Qaseh..

Menunggu berbuka, hati makin sayu. Telefon mak, dengar suara mak, mama terus menangis. Rasa sungguh berbeza bila papa tak ada berbuka dengan mama. Kalau papa ada tentu atas meja ada murtabak!!

Ya Allah, hambaMu ini berjaya mengharungi ibadat puasa untuk hari ini walaupun rasa rindu itu menyentap perasaan hingga diri rasa terlalu lemah tapi kekuatan yang KAU berikan membuatkan diri ini bangkit kembali. Ya Allah kuatkan imanku..kuatkan hatiku..Aminnn

2 comments:

Rina said...

assalamualaikum mama nurin,
sebak betul hati membaca luahan hati. sememangnya terasa sunyi menyambut ketibaan ramadhan tanpa suami di sisi. semoga mama nurin terus tabah dan kuat dalm mengharungi ujian Allah ini.

Mamanurin said...

rina, tqvm..rasa yg hanya Allah yg tahu

Popular Posts