June 28, 2014

Sendirian Berpuasa

Pagi esok dah kena sahur sebab esokp dah puasa. Hati sebak!  Sakit itu datang lagi..sakit rindu yang makin sarat.

Pertama kali ramadhan tanpa insan tersayang. Airmata tak berhenti menitis. Harus bagaimanakah sahur mama. Selalu sahur mama bertemankan papa, papa yang masak untuk sahur, papa yang buat air untuk kita minum, dah siap semuanya baru papa gerak mama bangun. Walaupun kadangkala hanya telur dadar, ikan masih dan kicap tapi tetap sedap. Mama pula yang akan membasuh dan mengemas lepas kita sahur.

Aduhai hati..aduhai kasih..Ya Allah sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk ku Ya Allah..dan kerna itu, KAU kuatkanlah hambaMU ini..

4 comments:

Anonymous said...

salam sis.. kuatkan hati.. ingatlah sgla yg kita miliki sekadar pinjaman... kita ini hamba... Allah telah tetapkan sebegini jln hdp kita.. usahlah ditangisi.. sy jg senasib.. kekuatan sy hadir bilamana byk mngingati Allah yg memiliki sgla yg dlangit n bumi.. kita ini milikNYA.. redhalah wahai hati.. lepaskan sglanya.. usah dikenang.. krn makin dikenang sakit itu smakin kuat... redhalah.. salam dr kejauhan..

siti noorayu said...

assalam...

ye kita senasib... sptutnya thn ni thn ptama saya myambut puasa sbgai isteri...wlupon kami bjauhan sy di phg suami di melaka.. tp kami mmg xsbr dan truja sgt2.. macam2 prncangan kami suami isteri utk ramadhan dan syawal..tp takdir ALLAH tiada siapa yg dpt mghalang.. suami telah dijemput iLLAHI mngejut pd 31.5.2014 ketika usia pkahwinan kami br 5bln lebih.. ALLAHURABBI... tiada zuriat yg ditinggalkan.. mohon smoga ALLAH trus tabahkan hati mnjalani hari2 mendatang...

Mamanurin said...

insyallahm.moga Allah kuatkan hati kita

Mamanurin said...

assalammualaikum ayu..takziah..alfatihah..speechless..moga Ayu kuat dan tabah mengharungi hari hari mendatang..yer, moga kita sama sama kuat, senantiasaxdlm perlindungan dan rahmat Allah..Aminnn

Popular Posts