January 6, 2013

tentang..berpindah

Ya..berpindah sangat memenatkan!! penat badan dan penat fikiran juga. Dari 30/12/12 berpindah sampai ke hari ini masih belum lagi selesai mama dan papa berkemas. Andai ada cik merah mama, tentu mama dah mintak tolong kemaskan sekali..kemaskan or selerakan lagi?


Sangat penat bila kena kerja awal tahun baru. Coverkan 3 orang kawan mama yang cuti hampir seminggu ni gara2 penggal persekolahan dah bermula. Nak pergi ladies pun kena fikir tau.


Rumah baru ni still masih belum berkemas dengan cantiknya. Masih banyak yang kena cari dan touch upkan almaklumlah banyak barang ditinggalkan kat rumah lama nun sebab kesiankan orang yang menyewa.


Ada rahsia..rumah mama tak da langsir lagi heheheeh..so bila malam, tarik ampaian baju yang bergantungan baju tu, letak kat sliding door hahaha..semalam baru pergi tempah langsir..gila sakit poket beli langsir je..


Dua hari lepas beli washing machine fully auto. Lagi teruk mama!! Sgt conventional sebab tak pandai nak operate almaklumlah dulu guna semi auto je hahaha..last papa yang tolong.


Hari ni tak pergi mana sebab nak mengemas lagi. Poket pun dah koyak hahahaa. Mama kat atas konon nak mengemas..papa kemas bawah. Kat atas ni line sangat cantik kalau nak guna internet..kat bawah macam hampeh je. So ambik kesempatan kejap layan blog mama ni. Update blog pun dari handphone. Tiang telekom baru cacak. Harap2 cepatlah ada line. Bosan ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jantung Hati Maklong

Jantung hati maklong yang baru!! Time ni dalam NICU. Time yang buat maklong sangat susah hati dan duduk sorang2 kat hujung dapur sebab tak nak kasi paklong nampak maklong dia sedih.


Macam cousin dia tak? Mama tengok pic ni, macam ada iras arwah mia je..alhamdulillah sekarang baby dah sihat. Ada kat rumah maktok. Nama dia Nur Adlina Humairah Binti Noor Izzan Sitanis Abdullah. Huhuuu jenuh kena isi nama ambik masa exam kan hehee..


Published with Blogger-droid v2.0.4

January 1, 2013

Happy New Year 2013

Selamat Tahun Baru..Happy New Year!!

Oh mama tak sempat nak berkongsi segala cerita end of the year!! Banyak sangat cerita tapi masa tak seakan tidak ada untuk mama mengadap Ipad or notebook mama sama ada siang atau malam.huhuhu tak ada ruang utk mencuri masa itu..

Okay, mama dapat anak sedara baru!!! gegirl gitu!! Alhamdulillah..lahir hari Ahad 30/12..but sadly, baby condition not doing well..masa lahir terus ke NICU gara gara lemas..due on 25/12 but doctor suruh tunggu lagi..dua tiga orang doctor dengan dua tiga keputusan..mana satu nak kena dengar..adik kena tunggu sebab doctor tak nak buat caesar konon laluan dah ada..baby kat dalam tu konon ok..terpaksa lahir normal tapi air ketuban dan tukar colour..baby dah makan najis..ohhhh tak senang duduk si buatnya!!

Tok ayah bila mama call tanya how the baby, nada suara tokayah sebak and jawapan tokyah "baby macam baby along dulu.." terkedu mama..tak boleh nak bernafas sebab teringat tentang Mia mama..terus letak phone and duduk kat dapur sorang sorang..

Published with Blogger-droid v2.0.4

December 20, 2012

Jammed!

Hujan lebat saat keluar dari office. If dah hujan kat KL ni, sure jalan raya tu tar jalan pun tak nampak sebab jammed!


Office mama kat kawasan segitiga emas! lagi masak!! Mmg tak ada ruang langsung..dah hampir 2 jam dalam kereta ni..melewati Hard Rock huhuuuu sangat penat.


Papa dah banyak kali sms dok bertanyakan mama kat mana..oh my kepala dah penat. Time ni la polis tak ada nak jaga traffic!! Hoping mama dapat sampai rumah sebelum 9.30malam!! Ada orang nak tengok rumah nak sewa huhuhu.


Now, kat Jalan Tar..ciluk ciluk dan ciluk hehehehe..kalau Mia ada ni sure mama dah kena bayar OT kat nursery ni. Bibik? Ohhh tidak..papa tak suka!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Syurga tempatmu sayang

Membaca..bertakung airmata dan akhirnya mutiara itu berkecai jua. Membaca majalah wanita untuk edisi bulan Januari,2013..mengimbau saat bersama Mia..


Ungkapan yang hampir sama mama bicarakan pada Mia.."pulanglah Mia..mama redha..inilah sahaja yang mama mampu laksanakan sebagai tanggungjawab mama yang terakhir..sambil air mata menitik nitik, dah dikesat pun masih lagi menitis..sambil tangan mama menyiram air putih itu pada tubuh kecil bidadari mama..Mia masih ingatkan..


Published with Blogger-droid v2.0.4

December 19, 2012

Culik

Adik mama merangkap mak teh Mia dah kena warded. Dah turun darah sebagai tanda nak bersalin! yes..insyallah dapat lagi mama anak sedara. Moga Allah permudahkan segalanya untuk adik mama, moga dia sihat dan kuat, moga baby nanti pun selamat dan sihat bila lahir.

Mode!!! tak sabar nak culik anak sedara sendiri!

December 12, 2012

Pantang

Aircond yang terlalu sejuk kat opis mama memaksa mama pakai stoking. Bukan hanya hari ini je mama pakai stoking, hampir setiap hari mama guna sebab saluran aircond betul betul ata kepala mama. Sejuk giler.

Semua sudah tahu yang mama ni memang tak tahan dengan aircond..jenuh diaorang sumbat kertas kat saluran aircond tu supaya mama tak rasa sejuk sangat..mama dah biasa tak comel kt opis tu gara gara dok berstoking dan berbaju panas tapi harini sangat sangat SENTAP!! sebab mama sentap ialah ada kawan sorang ni dengan nada suara yang kuat bertanya brapa bulan dah ni pantang..ohhhh kakak!!macam tak biasa tengok mama ni pakai stoking.

Mama yang sentap terus menjawab, dah lama dah.nak masuk 6 tahun dah..masa tu perasaan sedih sangat..rasa moody terus!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...