January 6, 2013

tentang..berpindah

Ya..berpindah sangat memenatkan!! penat badan dan penat fikiran juga. Dari 30/12/12 berpindah sampai ke hari ini masih belum lagi selesai mama dan papa berkemas. Andai ada cik merah mama, tentu mama dah mintak tolong kemaskan sekali..kemaskan or selerakan lagi?


Sangat penat bila kena kerja awal tahun baru. Coverkan 3 orang kawan mama yang cuti hampir seminggu ni gara2 penggal persekolahan dah bermula. Nak pergi ladies pun kena fikir tau.


Rumah baru ni still masih belum berkemas dengan cantiknya. Masih banyak yang kena cari dan touch upkan almaklumlah banyak barang ditinggalkan kat rumah lama nun sebab kesiankan orang yang menyewa.


Ada rahsia..rumah mama tak da langsir lagi heheheeh..so bila malam, tarik ampaian baju yang bergantungan baju tu, letak kat sliding door hahaha..semalam baru pergi tempah langsir..gila sakit poket beli langsir je..


Dua hari lepas beli washing machine fully auto. Lagi teruk mama!! Sgt conventional sebab tak pandai nak operate almaklumlah dulu guna semi auto je hahaha..last papa yang tolong.


Hari ni tak pergi mana sebab nak mengemas lagi. Poket pun dah koyak hahahaa. Mama kat atas konon nak mengemas..papa kemas bawah. Kat atas ni line sangat cantik kalau nak guna internet..kat bawah macam hampeh je. So ambik kesempatan kejap layan blog mama ni. Update blog pun dari handphone. Tiang telekom baru cacak. Harap2 cepatlah ada line. Bosan ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

sweet tooth said...

Betul la mamanurin, mmg banyak kos nk tmpah langsir... Boleh kering poket dibuatnya...

Mamanurin said...

Hahahahaah bukan boleh kering tp mmg kering heheheeh..ohh langsir!!! Baru nak buat cantik2..

Popular Posts