January 16, 2015

Keletahnya Meruntun Hati

Alhamdulillah, anak kita telah kembali sihat papa. HMFD pergi jauh-jauh yer..jangan datang lagi. Hampir 5 hari mama bercuti disebabkan HMFD, melihat keletahnya, membuatkan mama teringatkan harapan papa.

Papa selalu berkata, "abang tak sabar nak tengok mata bulat abang tu berjalan, mesti macam itik gembo gembo, tak sabar nak tengok dia makan..mesti macam papa dia tak cerewet"..

Papa, anak kita dah makin keletah..dalam sakit dia tetap aktif dan ia sedikit sebanyak membuatkan perasaan mama lega, namun telah dua hari melihat dia bermain, gembira dan ketawa ia meruntun perasaan mama, sedih dan sayu kerana mama menikmati segalanya tanpa papa.

Papa tentu gembira melihat anak kesayangan papa kan....

2 comments:

Mila Hilas said...

dh besar da..dh pndi..semoga membesar dgn sihat ye nak

Mamanurin said...

Aunty Mila, saya dah setahun lebih. insyallah..terima kasih

Popular Posts