November 24, 2009

Hati ku sakit...rindu datang lagi

tetiba hati dan perasaan jadi tak keruan..petanda apakah ini? yeah!! sudah ku ketahui puncanya..aduh!! geram ada, sedih apatah lagi...

paper arini..suratkhabar arini and sewaktu dengan namanya..tertera!!tertera tentang baby yang ditinggalkan dlm kesejukkan..dalam keadaan menggigil di depan sebuah rumah..uwaaaaa airmata bertakung takala bait bait berita itu aku baca..ya allah, mengapa begini kejamnya manusia sekarang?

sedih hati aku yang kehilangan baby ini bila ada insan yang dikurniakan rezeki yang begitu bermakna, sanggup membuang anaknya sendiri..di mana letaknya rasa kasih dan sayang seorang ibu? anak itu tak bersalah..mereka suci bersih..arggg!!! sakitnya hati aku!!

saat ini juga, rasa rindu..rasa kasih pada si budak kecil aku mia (hehehe if dia ada, dah 2 tahun dah dia) menghimpit diri dan hati, and auomatik aku rasa seolah olah tak sihat..aidiladha juga bakal menjelma..lagi menguatkan rindu aku pada dia.

kurniakanlah Ya Allah, pada hambamu ini, hamba yang begitu inginkan penyeri hidupnya..yang rindukan gelak ketawa anak-anaknya..bantulah mereka yang telah tersesat jauh..lindungilah anak-anak yang dibuang dan diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka..

No comments:

Popular Posts