Lama sungguh mama tak update rumah kecik yang mama kongsi cerita dgn kawan-kawan mama ni, hanya menjadi silent reader pada blog kawan-kawan mama, sesekali meninggalkan jejak, jejak rindu..bulan ni bulan yang tersangatlah sibuk buat mama, bulan yang sungguh memenatkan kerna mama sibuk dengan majlis perkahwinan adik lelaki mama, juga majlis pertunangan adik perempuan mama..penatnya. Maafkan mama Mia sayang, sebab dah lama tak mencoret cerita tentang mama dan papa.
Minggu ke dua cuti sekolah yang lepas (10 - 11 June), majlis pernikahan serta perkahwinan adik lelaki mama berlangsung dipihak perempuan..semua family turun KL tapi semua termasuk mama berkampung di Intekma Resort Shah Alam..seronok kumpul ramai-ramai tapi lagi seronok kalau Mia ada..boleh main kolam renang macam cousins Mia yang lain..berkampung kat Intekma tu dari hari Khamis hingga Ahad..tapi mama still rasa sedih sikit sebab anak mama tak ada.
anak2 sedara yg tak ingat nak makan kalau dah dapat masuk swimming pool |
nikah & kenduri pihak perempuan |
Seminggu lepas tu, hari Jumaat (17 June) lepas Asar, adik perempuan mama pula bertunang dan esoknya majlis sambut menantu merangkap sambut adik ipar baru mama hehehehe..penat betul, tambahan pula semua persiapan untuk kenduri pertunangan dan perkahwinan adalah secara gotong royong..fuh!!! nak menangis pun dah ada..
sambut menantu kat umah tok ayah Mia |
Memang seronok bila dah berkumpul ramai-ramai, lagi seronok bila ada majlis macam ni tapi yang tak seronok asyik kena soalan cepu mas, soalan bonus dsbnya..mama tak suka.Tapi sebab terpaksa, kenalah tahan telinga, kenalah senyum manis (wlpun kekadang tak ikhlas)..bukan sebab apa, cuma mama rasa sakit hati pun ada, geram tak usah lah nak kata..marah pun ada..asyik-asyik tanya soalan berdua lagi ker? ishh tak nampak ker..eh mana baby?..uh!!! tak suka tak suka..la ya ker? macam mana boleh "simpan" awal..tak jaga makan ker? lasak sangat kut? tak try cara lain ker? argggggg!!!! rasa macam nak cili je mulut orang yang bertanya..kalau tak pernah bersua muka, rasanya ok lah kan kalau mama nak terangkan, ni saban tahun jumpa, mau tanya lagi ka? boleh tak klu mama letak gambar Mia kat sini jugak? mama nak letak jugak, walaupun gambar yang sama, sebab dia hanya ada 3 hari je tau kat dunia ni..
Setelah selesai majlis, berkenduri memang seronok tapi berkendara memang sakit segalanya..letih!!! malam tu tangan mama dua-dua belah tak boleh gerak, tak rasa langsung!! mama dah cuak tak mau jadi perkara yang tak diingini..siap selawat banyak kali tapi still tak boleh gerak walaupun dah mula rasa kebas..papa yang tak sihat bertambah tak sihat tengok mama, sian papa..sorry yerk..mama baca fatihah pula kat air suam byk kali, pastu mama minum, alhamdulillah makin lama tangan mama dah boleh gerak tapi bisa tu tetap ada..tak tahulah mama kenapa jadi macam tu..disebabkan mata dah tak boleh nak tidur menahan dek rasa bisa yang tak abis lagi,sambil baring, sambil cerita kat papa apa yang berlaku disiang hari, siap menangis teresak-esak mama Mia ni..salah mama kah Mia, bila mama kena "simpan" Mia..diaorang ingat mama nak sangat "simpan" Mia awal ker? tak tahu ker, nak dapatkan Mia pun susah..orang pandai berkata, tapi pernahkah meletakkan diri kat tempat mama..ingat hilang anak mcam hilang duit, hilang duit, lima minit memang ihavoc, ni hilang anak, sampai mati pun tak akan hilang..agak-agak Mia kan,diaorg nak rasa tak perasaan mama yang kehilangan Mia?
Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, kasihanilah hambaMU yang lemah dan selalu lalai ini..kuatkan imanku Ya Allah, tabahkan hatiku Ya Allah..kurniakanlah dari sisiMu Ya Allah, zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, yang sihat walafiat dan sempurna segalanya untuk kami hamba-hambaMU agar mereka berhenti berbicara tentang rezekiMU..Amin
6 comments:
Mama..ina yang dah ada Nabila pun org sibuk tanya bila nak tambah lagi..huhu..bukan tak nak tapi keadaan tak menyebelahi kita..
Buat mama, kuatkan semangat yek..anggap saja kata2 tu sebagai semangat untuk mama terus usaha lagi.. Kami disini mendoakan yang terbaik buat mama.. :)
Mama, muka anak sedara Mama yg boy tu sama lah mcm Mama..sebijik. Mmg ada iras...comelnyerrr.tlh cubitkan pipi dia yer...geramm...hehe
kuatkan semangat yer mama....
kuatkan semangat yer mama....
ina,
terima kasih.insyallah.
mamadamia,
ekekeek yer ker? ummm mmg ramai yang kata, kalu tak kata sama dgn mama, sure kata sama dgn papa..favourite quote " nak backhoe, nak big.." klu nak ayat lebiih, panggil mama kalau tak panggil maklong. bila minta duit, dia kata duit tak ada, dah abis hehehe..insyallah nanti mama tolong cubitkan..gigit pon sodap
mamaakid,
terima kasih, insyallah.
kehilangan pastinya sesuatu yang menyakitkan..apatah lagi zuriat yg kita nantikan kehadirannya...
sabarlah mama mia..sesungguhnya sabar itu indah...mungkin belum tiba detik indah itu bt kita..dan kita harus sabar menanti...
Al-fatihah bt bidadari syurga..Mia..dan buat Puteraku..Daniel Ar-Rayyan..moga kalian tenang diSana..
Post a Comment