Iman Harith main roller coaster!!! lepas berebut dgn paklong |
inilah hasilnya bila maklong melayan Iman Harith main |
Seminggu sebelum cuti sekolah, cadangan awal nak pergi bercuti ke Terengganu, siap booking hotel, siap bagitahu mama hannah lagi yang mama nak pergi jalan-jalan kat sana, nak jumpa Hannah tapi perancangan tetap perancangan, izin Allah yang diperlukan. Nampak gayanya terpaksa cancel the trip sebab papa sakit. Tak boleh nak jalan jauh. Akhirnya mama dan papa bercuti kat rumah maktok di Perak selama seminggu!
Seronok tetap seronok sebab ada maktok dgn tokayah, ada anak-anak sedara namun hati tetap sedih bila tengok papa sakit, menahan kesakitan dikaki. Tak tahu kenapalah kaki papa tu bengkak. Tokayah bila tengok papa sakit kaki, bengkak dan rasa ngilu, mula la macam-macam nak dibuatkan kat papa,siap bawak pergi jumpa doktor, panggil haji kat surau depan rumah maktok datang rumah tolong tengokkan kaki papa, tolong urutkan, alhamdulillah kaki papa dah ok sikit dari dulu.
Arggg sangat sedih sebab tak dapat jalan-jalan dengan papa. Keluar jalan dengan adik2 pun papa dah siap sms mama suruh balik cepat, dengki sangat lah tu sebab tak boleh jalan kan. Sempat mama pergi beli kain untuk buat baju raya. Sempat pergi tailor hantar kain lagi sebab nanti kalau hantar lambat, lambatlah dapat baju raya. Ahaks!!! dapat 5 pasang kain without papa ikut!!! beli kain dengan aman sebab tak kena tegur dengan papa kala bershopping.
aqilah lukis guna Ipad ..gambar paklong menangis katanya |
Gambar yang Aqilah lukis diatas, sangat-sangat touching buat mama sebab hasil jemari halus budak berusia 5 tahun bila melihat paklong menahan kesakitan even paklong tak menangis pun. Terus terdetik dihati, kalau arwah Mia ada, tentu bergaduh dengan aqilah sebab masing-masing nak tunjuk terror!
Maktok siapakan this untuk mama dengan papa bekalan |
Safely arrived kat teratak buruk kami sebelum jam 11.30 pagi tadi, tak banyak sangat kenderaan dari utara menghala ke Kuala Lumpur. Mama tengah tidur masa mama dengar bunyi bising-bising orang masak kat dapur, rupanya maktok yang memasak. Maktok tetap maktok, sangat suka memasak, ada aje benda yang dimasak, kami anak menantu cucu kerja makan aje hehehehe. Bekalan maktok untuk mama dengan papa, ikan goreng, sup ayam, buncis goreng dgn udang, sambal tumis udang siap buang kulit lagi. Jangan tak tahu, nasi putih dengan air teh pun maktok bekalkan!! terima kasih mak abah sebab selalu kasi kami anak menantu kenyang!!! ohhh ada lagi yang tak ada dalam gambar ni sebab dah abis di makan masa kat R&R Tapah iaitu cucur udang!!!
Mama sangat berharap papa cepat sembuh dari sakit kaki yang teruk jugak tu supaya mama tak bosan, supaya mama dapat pergi jalan. Papa, cepat sembuh yer supaya perancangan kita yang tertunda dapat kita laksankan. Kali ni tukar plan, tak nak naik kereta, kita naik flight ok.