February 12, 2013

Bila kebosanan melanda

Bangun pagi aje, papa ajak mama keluar pergi jalan-jalan. Huh!! bahagianya sebab selalunya mama yang tergedik-gedik nak keluar tapi hari ini papa yang ajak. Lagi best ajak pi Ikea!


Sekarang sambil tunggu papa usha barang, mama update kejap entry. Facebook mama pulal kena hacked!! Dah macam artis pulak.


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 11, 2013

tentang bosan..soalan

Assalammualaikum...malam tadi mama dengan papa layan tengok macam macam movie..tak sedar bila mama terlelap tapi yang pasti masa jam kul 1 pagi, mama belum tidur lagi.


Ha ha haaa lagi teruk dan kalau mak tok tahu, sure kena bebel adalah kerana mama dan papa tak tidur dalam bilik tapi letak tilam kat ruang tamu depan TV! Alaaaa tilam bilik bawah je hehehee..memang best jugaklah. Best kalau ada anak sebab boleh tengok sapa yang tidur buas hahahah.


Pepagi tadi singgah KFC konon nak beli breakfast kat situ sebab papa ada dialysis tapi breakfast diaorang open jam 8 pagi..huhuhuu macam tu yer?? Ummm makan roti dgn susu coklat beli kat 7E je nampaknya.


Mama temankan papa sebab bosan sorang-sorang kat rumah. Lagipun kurang berani sikit sebab ada dengar cerita jiran ada kes pecah masuk rumah di siang hari..time orang ada kat rumah pulak tu. Sungguh berani diaorang kan. Tapi mama tak cakap kat papa yang mama nak ikut sebab kes tu. Hehehe cuma cakap sebab bosan.


Ummmm baru lepas interview dengan aunty india yang baru first time jumpa kat tempat dialysis papa. Adoi!!! soalan soalan lazim..anak berapa..meninggal sebab apa..dah berapa tahun dan macam-macam lagi. Kalau mama tak layan nampak sombong kan tapi tu lah kan..tak tahu muka mama ni dah rupa apa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 9, 2013

Jatuh tangga

Uhhh!!! sakitnya kaki mama..jatuh tangga..entah kenapa hari ini mama sangat cuai!! menuruni tangga sambil bercakap dengan papa tanpa memasang lampu tangga!! Cuma ada cahaya tv yang papa tengah tonton. Akibatnya anak tangga kedua terakhir mama salah pijak dan mama pun zsrrrrrrr melangkah terus ke depan!! tapak kaki dah sakit..kaki pun dah berdenyut denyut..dah kena bebel dengan papa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

The Odd Life of Timothy Green & Skyfall



Yes!!! mama dapat DVD ni!!! balik layan terus. Tarik langsir, buat air..goreng onion ring bik bekas biskut pasang DVD. Hahaha memang heaven giler.

Tak dapat rental banyak..rupanya papa jadi member!! Mama baru tahu harini. Eeeeee sebab nak banyak, mama nak jadi ahli tapi papa tak kasi. Mama dah set dalam kepala lepas ni nak ambik citer apa...tunggu

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selamat..

Ummmn cancel nak jual barang kat Cash Converter tadi sebab harga tak memuaskan hati. Nasib baik papa tak buat degil nak tolak jugak. Huhuhuuu selamat camcorder mama!! Hahahaah kalau tak mahu mama nangis guling-guling.


Lepas ni nak pegi sewa DVD sebab dah bosan tengok TV..dah bosan tengok Astro...ummm nak ajak pegi shopping mesti kena leter dengan papa kan. Ok mama macam nak sewa 10 DVD sebab cuti panjang..papa kata satu DVD RM4 je untuk 3 hari dua malam..khamis lepas papa pegi sewa dua DVD, original lagi. Sewa dekat Speedy Kota Damansara. Jadi rasanya papa tak boleh la kan nak berleter kat mama kalau mama nak sewa banyak sebab papa yang ajar..hheheehe gelak menang ni!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hujung Minggu Sebelum..

Chinese New Year!! Gong Xi Fa Chai. Mama dengan papa tak balik Perak sebab ada kenduri cousin papa dekat KL ni tapi semalam mama half day sebab tak nak sangkut dalam jammed masa balik kerja. Memang heaven bila half day semalam hahaha..gelak jahat!


Hari pepagi dah pergi Shah Alam breakfast kat Pelita. Tapi tak lah pagi sangatkan. Mama update entry ni pun sebab dah habis makan and tunggu papa keluar dari toilet...eee papa ni lagi membazir dari mama.


Kejap lagi nak pergi Cash Converter!! Huhuhuu mahu sayu pilu ni..gara-gara sangat suka dengan camera and camcoder jadi pembaziran mama tu kata papa dah sampai tahap maksimum sebab tu camcoder yang sekali dengan camera ni kena dijual supaya ia tak rosak sebab tak digunakan. Hahahaha mama dah tahu nak buat apa dengan duit sales tu nanti wakakakakak..


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 5, 2013

Card

Card Anniversary buat papa..hadiah? Tak ada lagi...belum berkesempatan nak cari. Mama sangat busy.


Card untuk mama dari papa? macam tak ada pun tapi tak apa. Mama tak kisah sebab mama tahu papa pun tak tahu nak beli kad mcmana untuk mama. Psssssttt..hadiah pun mama tak jumpa! Hahahah..


Minggu anniversary yang sangat sibuk di office..yang amat memenatkan kepala dan badan!! Huhuhuuu rasa macam tak sihat dah ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 1, 2013

Kisah sepanjang 10 tahun

Masih lagi berkisar tentang usia perkahwinan mama dan papa. Sepuluh tahun dalam perkataan kira panjang la juga kan tapi dalam angka 10 macam ni je kan. Rasa macam baru je setahun dua dialam rumahtangga.


Pagi tadi sambil dok dlm kereta dipandu papa untuk pergi pusat dialisis, mama dok berkira kira tentang usia perkahwinan mama dengan papa. "papa, if lepas kawin aritu mama tak gugur, sure anak kita dah besar kan..dah 10 tahun and next year dah nak periksa"..then papa pulak layan mama.."a'ahh budak comot sangat" ..ummm papa ni suka cakap comot. Lepas tu terbayang-bayang arwah mia ada abang/kakak if mama tak gugur masa tu..


Lepas cerita tu papa cakap, Allah ada aturan hidup untuk mama dan papa. In sya Allah, nanti bila Allah dan bersedia memberi pasti DIA berikan. Oh sebaknya di hari anniversary!


Azam di hari anniversary untuk berjimat cermat dengan lebih ketat sebab papa dah nasihat dgn berhemahnya kat mama. Papa kata mama sangat boros. Suka beli barang pakai sekejap kemudian senyap. Hahahah yer ker macam tu?


Published with Blogger-droid v2.0.4

10 Tahun Bersama

Hari ini cukup 10 tahun usia perkahwinan mama dengan papa. Alhamdulillah sangat-sangat sebab ALLAH memelihara dan merahmati dan berkati perkahwinan ini.


Malam tadi tepat jam 12 buat kerja giler dengan papa terkejar kejar nak ke bank sebab nak bayar hutang!!bukan sebab nak pergi celebrate. Hua huah hahaha. Pagi ni, temankan papa dialysis sebab mama cuti hari wilayah. Mata dah ngantuk sangat ni.


Tak ada hadiah and card untuk papa yang mama readykan hingga ke saat ini sebab mama terlalu busy sampai nak pikir pasal malam pun tak sempat. Hadiah dari papa? Heheehe secara jujurnya dok jugak mengintai malam tadi dalam keter papa kut kut ada surprised tp tak nampak jugak hahahah..


Ummmm nanti sambung entry lain sebab mama rasa sangat sedih. Andai mama boleh petik jari, pasti bila petik jari tu mama nak bila bunyi aje, ada baby keluar heheheh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...