Assalammualaikum...malam tadi mama dengan papa layan tengok macam macam movie..tak sedar bila mama terlelap tapi yang pasti masa jam kul 1 pagi, mama belum tidur lagi.
Ha ha haaa lagi teruk dan kalau mak tok tahu, sure kena bebel adalah kerana mama dan papa tak tidur dalam bilik tapi letak tilam kat ruang tamu depan TV! Alaaaa tilam bilik bawah je hehehee..memang best jugaklah. Best kalau ada anak sebab boleh tengok sapa yang tidur buas hahahah.
Pepagi tadi singgah KFC konon nak beli breakfast kat situ sebab papa ada dialysis tapi breakfast diaorang open jam 8 pagi..huhuhuu macam tu yer?? Ummm makan roti dgn susu coklat beli kat 7E je nampaknya.
Mama temankan papa sebab bosan sorang-sorang kat rumah. Lagipun kurang berani sikit sebab ada dengar cerita jiran ada kes pecah masuk rumah di siang hari..time orang ada kat rumah pulak tu. Sungguh berani diaorang kan. Tapi mama tak cakap kat papa yang mama nak ikut sebab kes tu. Hehehe cuma cakap sebab bosan.
Ummmm baru lepas interview dengan aunty india yang baru first time jumpa kat tempat dialysis papa. Adoi!!! soalan soalan lazim..anak berapa..meninggal sebab apa..dah berapa tahun dan macam-macam lagi. Kalau mama tak layan nampak sombong kan tapi tu lah kan..tak tahu muka mama ni dah rupa apa.
No comments:
Post a Comment