January 29, 2015

Ustazah Qaseh

Tudung mama yang merengek-rengek minta dipakaikan dikepalanya. Penat mama balik kerja masih berbaki tapi bila dah buat muka ala ala manja, kenalah mama tabahkan hati melayan.

Hahahah anak bertuah ni..perasan cantik!! tolonglah jangan sampai ke besar perasan ok! mama tak suka.

Moga menjadi anak yang solehah sayang. Mendoakan papa dan mama selalu. Aaminn..

Doctor Qaseh jadi ustazah!! mama suka..harapan mama, dia dapat ilmu dunia dan akhirat.

Doktor Atau Pilot..Wink Wink

Letihnya mama!!! rasa nak tidur terus bila sampai rumah dari office. Letih mata dek kerana mengadap pc dari pagi hingga lewat petang, penat otak sebab tumpuan pada kerja yang menimbun dan lemah rasa badan kerana semuanya.

Masih ada yang menceriakan hari mama setiap kali pulang ke rumah. Kepenatan itu hampir tidak terasa dek kerana dia. Walaupun pun kadangkala tingkahnya sangatlah menguji kesabaran.

Papa, lihat kami dari nun disana kan. Di mata orang lain, mungkin mama kelihatan tabah dan kuat tapi bagi mama, mana mungkin...

Dulu papa selalu cakap dengan buah hati dia..bukan mama masa tu..anak kecilnya, Qaseh.."nanti jadi pilot tau..boleh bawa papa dengan mama naik kapal terbang free pergi jalan-jalan" tapi mama pula selalu sanggah kata- kata itu sebab mama nak si kecil itu menjadi doctor!! Doctor Qaseh!! supaya dia boleh jaga papa bila papa sakit.

Niat dan harapan mama masih tetap sama dan mama rasa papa pun tak kisahkan Qaseh tak jadi pilot kan sebab Qaseh jadi Doctor!!  heheheh sure kalau papa ada ni , mesti sakit hati dengan mama, mesti akan cakap "alaa anak papa, tentu akan dengar cakap papa" argg macam selalu bila papa nak menang -:).

Doctor!! yeah mama suka doctor especially doctor yang pandai communication dengan patient. Lembut tetapi tegas. Boleh menjawab soalan pesakit dengan sabar dan yang paling penting Senyum!! senyuman seorang doctor seumpama ubat yang tiada di farmasi ok.

Doctor Qaseh! mama love u!! papa pun sayang Qaseh!

January 26, 2015

Wajah Kesayangan

Moga anak ini senantiasa dalam rahmat Allah. Amin...

Terasa cepat masa berlalu.Bersamanya ku bina kekuatan, bersamanya ku harungi dugaan, bersamanya ku hadapi rintangan dan bersamanya juga ku selami kerinduan.

Ya Allah, lindungi anak ini..permudahkan segalanya untuk dia.  Amin.

p/s ~ wajah kesayangan hamba

Dia Yang Comot

Dia anak kecil yang senantiasa mempunyai idea dalam membuatkan mulut mama dia membebel, nafas mama jadi pendek serta exercise terlebih..

Papa, Qaseh macam papa..makan apa sahaja tanpa cerewet tak macam mama yang memilih. Mmmm..mana ada pilih la papa..mama cuma tak suka makan makanan yang mama tak pernah rasa -:)

Moga rezeki Qaseh murah kan papa..Aminn

p/s : buat seorg sahabat..ok kan entry ni -:'

January 18, 2015

Masak

Hari ni hari memasak..tak pergi mana-mana pun sebab rasa malas nak keluar. Lagipun Qaseh baru baik dari sakit.

Papa, pagi mama masak cucur ikan bilis taruk kucai dan kentang. Mama buat macam yang selalu papa ajarkan. Qaseh suka. Tengahari pun mama masak macam papa selalu masak, telur macak kicap tapi tak sesedap papa masak. Ah!! hehehe mama boleh dah goreng telur..tak manja macam dulu walaupun masih takut terkena minyak bila telur tu meletup.

Petang, mama masak lagi cucur macam sarapan tadi, Qaseh suka sangat..macam papa je..

Esok mama dah mula kerja. Harap Allah lindungi anak kita dengan rahmatNYA.

January 17, 2015

Bila Sayu Itu Kejam

Tetiba kesayuan hadir kala melihat anak kecil ini lena dipembaringan persis papa gayanya.

Papa, papa mesti akan kata Qaseh tidur macam mama pulak sebab papa selalu kata pada mama, kalau bantal tak penuh kiri kanan mesti mama tak lena..

Papa, terasa kerinduan itu makin sarat terutama bila melihat Qaseh kita kian membesar dengan keletahnya yang kadangkala membuatkan kesabaran mama hampir paras meletup..

Ingat tak, kita selalu nak bandingkan siapa antara kita yang tegas dan penyayang kan..papa selalu kata, mama mulut bising tapi tak tegas..papa diam penyayang tapi tegas...lepas tu mama pun merajuk sebab mama marah papa kata mama tak tegas..

Papa, insyallah..mama janji mama akan pelihara anak kita macam yang papa harapkan. Doakan mama dari sana yer.

January 16, 2015

Keletahnya Meruntun Hati

Alhamdulillah, anak kita telah kembali sihat papa. HMFD pergi jauh-jauh yer..jangan datang lagi. Hampir 5 hari mama bercuti disebabkan HMFD, melihat keletahnya, membuatkan mama teringatkan harapan papa.

Papa selalu berkata, "abang tak sabar nak tengok mata bulat abang tu berjalan, mesti macam itik gembo gembo, tak sabar nak tengok dia makan..mesti macam papa dia tak cerewet"..

Papa, anak kita dah makin keletah..dalam sakit dia tetap aktif dan ia sedikit sebanyak membuatkan perasaan mama lega, namun telah dua hari melihat dia bermain, gembira dan ketawa ia meruntun perasaan mama, sedih dan sayu kerana mama menikmati segalanya tanpa papa.

Papa tentu gembira melihat anak kesayangan papa kan....

Tentang Lakaran Dan Cacatan

Lakaran dan sedikit catatan papa sebelum masuk rumah baru. Terjumpa kala anak kesayangannya memunggah.

Sayu rasa hati melihat lakarannya. Kelihatan dia seolah olah mengetahui itu peninggalan dia untuk kami.

Walaupun keadaan kesihatan dia ketika itu tidak begitu baik, tapi semangatnya memanjat dan mengukur untuk pemasangan langsir pilihan dia tidak boleh nafikannya.

Abang, terima kasih banyak2 sebab selalu bersusah payah untuk kami. Moga abang selalu dalam rahmat Allah. Amin

January 13, 2015

Tentang Reaksi Qaseh

Papa, hari ini dan seperti hari hari yang lalu, sangat sukar untuk mama menahan airmata dari mengalir, sangat payah bila membicarakan tentang saat papa pergi tanpa kehadiran mama namun berkongsi cerita dengan kawan-kawan, mama harap ada isi yg boleh mereka jadikan panduan.

Hari ini, airmata mengalir lagi papa, dan Qaseh melihat mama menangis, ditenungnya mama lama akhirnya dia memeluk kaki mama..mungkin untuk memujuk mama.

January 12, 2015

Tahun Baru..Tempat Baru

2015, Happy New Year..tahun baru dan mama pun di office yang baru sebab nama naik untuk projek office di Shah Alam. Redha kerna walau dimana pun kerja, mama mencari rezeki, moga rezeki mama diberkati.

Awal tahun penuh bermula dengan cabaran.Qaseh dijangkitI HFMD. Kesian anak mama. Moga dia cepat sembuh. Disebabkan keadaan Qaseh, mama terpaksa susun semula cuti tahunan mama.

Ya Allah, Kau sembuhkanlah anak kecil ini. Berikan dia kekuatan. Amin.

Cerita Disember

Bulan yang penuh dengan kerja, penuh dengan segala aktiviti. Bulan terakhir untuk setahun.

Minggu pertama, bersama kawan kawan sekolah mama berkumpul di Bukit Merah Lake Town Resort, mama hanya dengan Qaseh tapi gembira bila anak kecil ini kelihatan gembira.

Kemudian minggu terakhir Krismas, bersama mak dan abah serta adik2 bercuti di Port Dickson.

Kenangan bersama papa serta merta menerjah. Sayu pun ada. Qasehlah anak yang paling gembira. Seronok mandi kolam.

January 10, 2015

Bila Dia Kembali Demam

Terjaga kala jam menunjukan waktu hampir 2 pagi bila anak kecil ini merengek..bangun untuk berikan dia susu, rasa badan dia panas..alaaa anak, kuat dan bertahan sayang.

Sensitifnya anak kecil ini pada perubahan cuaca yang mendadak. Kuatlah wahai anak kerna ini anugerah Allah. Mama selalu berdoa dan berharap yang anak mama akan seiring dengan masa senantiasa dalam keadaan baik walau apa pun cuaca yang melanda.

Anak kecil yang manja bertambah manja kala kesihatan diri tidak menginzinkan. Dalam diri dia ada ada sifat manja arwah papa. Sangat mencabar bila jatuh sakit..sangat tidak mahu mendengar kata mama. Selalu berkata mamalah nurse yang paling best..mmmm ayat bodek papa supaya mama tidak membebel, dan anak ini, hanya mampu merengek bila tuala basah dilapkan dibadan, tidur ingin beriba dan dipeluk..

Bertahanlah dan lenalah  wahai jantung hati, mama ada, jangan susah hati walaupun mama sendiri menunggu tibanya matahari menyinari pagi.

January 2, 2015

Cerita November 2014 Bahagian 2

Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya untuk kami berdua. Walaupun keperitan keseorangan melakukan segalanya sendirian namun sesugguhnya Allah itu sangat penyayang, mengurniakan mama dan papa, anak kecil yang senang dijaga.

Saat ketika hospital itu menjadi rumah kedua, Qaseh jarang merengek cuma terlebih manja. Saat itu juga, persoalan yang sering menjadi perhatian nurse dan doctor adalah papa!

Sukar untuk mengulangi jawapan yang telah diberi. Kadangkala sambil memeluk Qaseh diatas katil hospital, bermain dengan rambutnya..menjawab dengan rasa sebak..papa dia dah passed away -:( tapi kemudian akan ada lagi soalan sampingan lain. Oh papa, mama rindu.

Papa, si mata bulat papa nan merah dah besar. Sudah berjalan dan berlari..gaya sama macam papa angankan. Manja pun macam papa. Geram tau.

Ya Allah nikmat apa lagi yang hambaMu ini perlu dustakan kerna sesungguhnya KAU yang Maha Pengasih dan Penyayang. Tempatkanlah suami ku disisi hamba2Mu yang beriman dan Kau kasihi. Amin

January 1, 2015

Cerita November 2014 Bahagian 1

Qaseh sangat alah dengan perubahan cuaca yang mendadak. Demam panas bersama muntah dan cik cerry berry membuatkan dia tidak bermaya.

Termenung mama disisi anak kecil ini, melihat jantungnya berdenyut atau tidak, letak jari mama dihidungnya kerana bimbang dia tidak bernafas seperti selalu..betapa fobianya mama untuk satu kehilangan.

Tidur dia tiada gerakan, dia kelihatan sangat lemah, siapkan barang dia dan mama, kendong dia yang seolah tidak sedarkan diri, pecut ke hospital jam 2 pagi..fobia ada lagi sebab teringatkan papa.
Sampai kecemasan nurse ambik suhu dan terus berikan ubat turunkan panas. Tunggu turn nak jumpa doctor hingga 6am walaupun dapat fast lane. Hati tidak keruan tapi lega sedikit sebab kami dihospital.

Qaseh kena tahan ward..hati sayu bila kaki tangan kena cucuk untuk ambil darah, buat line untuk masukkan air..tapi doctor tak berjaya buat line tersebut..lebam2 juga kaki dengan tangan dia. Akhirnya doctor menyerah kalah, Qaseh pula seolah berserah sahaja..penat menangis, mungkin dia redha.

Bila terpaksa menguruskan segalanya sendirian, hati sering menangis. Menahan kerinduan pada dia. Menunggu seseorang hadir untuk mama lari mengambil barang dikereta juga membuatkan mama rasa sangat lemah. Ingin meninggalkan Qaseh dengan nurse, takut dia menangis. Tapi..itulah yang terpaksa mama lakukan kala Qaseh lena beradu.

Ya Allah, lindungi anak yatim ini..mudahkan segalanya untuk dia. Aminn.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...