January 1, 2015

Cerita November 2014 Bahagian 1

Qaseh sangat alah dengan perubahan cuaca yang mendadak. Demam panas bersama muntah dan cik cerry berry membuatkan dia tidak bermaya.

Termenung mama disisi anak kecil ini, melihat jantungnya berdenyut atau tidak, letak jari mama dihidungnya kerana bimbang dia tidak bernafas seperti selalu..betapa fobianya mama untuk satu kehilangan.

Tidur dia tiada gerakan, dia kelihatan sangat lemah, siapkan barang dia dan mama, kendong dia yang seolah tidak sedarkan diri, pecut ke hospital jam 2 pagi..fobia ada lagi sebab teringatkan papa.
Sampai kecemasan nurse ambik suhu dan terus berikan ubat turunkan panas. Tunggu turn nak jumpa doctor hingga 6am walaupun dapat fast lane. Hati tidak keruan tapi lega sedikit sebab kami dihospital.

Qaseh kena tahan ward..hati sayu bila kaki tangan kena cucuk untuk ambil darah, buat line untuk masukkan air..tapi doctor tak berjaya buat line tersebut..lebam2 juga kaki dengan tangan dia. Akhirnya doctor menyerah kalah, Qaseh pula seolah berserah sahaja..penat menangis, mungkin dia redha.

Bila terpaksa menguruskan segalanya sendirian, hati sering menangis. Menahan kerinduan pada dia. Menunggu seseorang hadir untuk mama lari mengambil barang dikereta juga membuatkan mama rasa sangat lemah. Ingin meninggalkan Qaseh dengan nurse, takut dia menangis. Tapi..itulah yang terpaksa mama lakukan kala Qaseh lena beradu.

Ya Allah, lindungi anak yatim ini..mudahkan segalanya untuk dia. Aminn.

2 comments:

Anonymous said...

qaseh.... demi mama kuatlah nak.. mama demi qaseh bertahanlah sayang.. doa dikirimkan dari kejauhan..Semoga Allah mudahkan segalanya...

Mamanurin said...

anony, terima kasih..insyallah..tqvm sudi membaca

Popular Posts