Letihnya mama!!! rasa nak tidur terus bila sampai rumah dari office. Letih mata dek kerana mengadap pc dari pagi hingga lewat petang, penat otak sebab tumpuan pada kerja yang menimbun dan lemah rasa badan kerana semuanya.
Masih ada yang menceriakan hari mama setiap kali pulang ke rumah. Kepenatan itu hampir tidak terasa dek kerana dia. Walaupun pun kadangkala tingkahnya sangatlah menguji kesabaran.
Papa, lihat kami dari nun disana kan. Di mata orang lain, mungkin mama kelihatan tabah dan kuat tapi bagi mama, mana mungkin...
Dulu papa selalu cakap dengan buah hati dia..bukan mama masa tu..anak kecilnya, Qaseh.."nanti jadi pilot tau..boleh bawa papa dengan mama naik kapal terbang free pergi jalan-jalan" tapi mama pula selalu sanggah kata- kata itu sebab mama nak si kecil itu menjadi doctor!! Doctor Qaseh!! supaya dia boleh jaga papa bila papa sakit.
Niat dan harapan mama masih tetap sama dan mama rasa papa pun tak kisahkan Qaseh tak jadi pilot kan sebab Qaseh jadi Doctor!! heheheh sure kalau papa ada ni , mesti sakit hati dengan mama, mesti akan cakap "alaa anak papa, tentu akan dengar cakap papa" argg macam selalu bila papa nak menang -:).
Doctor!! yeah mama suka doctor especially doctor yang pandai communication dengan patient. Lembut tetapi tegas. Boleh menjawab soalan pesakit dengan sabar dan yang paling penting Senyum!! senyuman seorang doctor seumpama ubat yang tiada di farmasi ok.
Doctor Qaseh! mama love u!! papa pun sayang Qaseh!
No comments:
Post a Comment