Terjaga kala jam menunjukan waktu hampir 2 pagi bila anak kecil ini merengek..bangun untuk berikan dia susu, rasa badan dia panas..alaaa anak, kuat dan bertahan sayang.
Sensitifnya anak kecil ini pada perubahan cuaca yang mendadak. Kuatlah wahai anak kerna ini anugerah Allah. Mama selalu berdoa dan berharap yang anak mama akan seiring dengan masa senantiasa dalam keadaan baik walau apa pun cuaca yang melanda.
Anak kecil yang manja bertambah manja kala kesihatan diri tidak menginzinkan. Dalam diri dia ada ada sifat manja arwah papa. Sangat mencabar bila jatuh sakit..sangat tidak mahu mendengar kata mama. Selalu berkata mamalah nurse yang paling best..mmmm ayat bodek papa supaya mama tidak membebel, dan anak ini, hanya mampu merengek bila tuala basah dilapkan dibadan, tidur ingin beriba dan dipeluk..
Bertahanlah dan lenalah wahai jantung hati, mama ada, jangan susah hati walaupun mama sendiri menunggu tibanya matahari menyinari pagi.
No comments:
Post a Comment