February 16, 2014

Kenduri Kahwin

Papa, pakcik dgn makcik sebelah rumah kita buat kenduri kahwin anak perempuan mereka hari ini. Kenduri yang papa tak sabar sebenarnya menunggu.

Papa, papa jangan risau sebab mama tahu apa yang papa nak buat kalau papa ada.  Rumah kita jadi tempat persediaan makanan catering. Tempat menumpang pergi toilet. Ada khemah tau papa. Papa tentu gembira sebab mama merealisasikan impian papa untuk menjadi jiran yang baik.

Macam biasa, budak mata bulat papa ni menjadi perhatian orang. Kerja senyum je sebab perasan cantik la tu. Rindu papa lah!!

No comments:

Popular Posts