August 31, 2010

Dialysis

Saat hati mama ini berbicara, mama sedang menemani hubby chubby mama dialysis..it's cold here!! sejuk giler kat sini..alhamdulillah arini proses cucuk menyucuk jarum dialysis berjalan lancar bila nak compare dengan saturday lepas..sabtu lepas langsung tak dapat buat dialysis chubby mama tu..nurse kata flow fistula dia tak cantik..nasib baik tak meragam badan hubby mama..

Hari ini scheduled ditukarkan belah petang almaklumlah kan hari ni MERDEKA day..appointment around 1pm..tapi nurse pulak lambat sampai, mama dah mula mood tak betul ni sebab mama memang pantang sikit bab tepati masa ni..hahaha tapikan mama macam cair la sikit sebab bila nurse tiba, dia nampak cute sangat..tak jadi mama nak marah..hahahaha..

Hari ni juga, mama nak berbuka puasa rumah sister in law mama..dah bising dah dia sebab tahun lepas, saban hari jugak mama dgn hubby mama bertenggek makan rumah dia, tahun ni belum sekali pun kami berbuka rumah dia..memang patutlah dia bising..nak wat macam manakan, mama ni office tengah-tengah Kuala Lumpur, jammed nya susah untuk di jangka..tadi hubby dah call sister dia bagitahu nak berbuka rumah dia..dekat aje dengan dialysis centre hubby..so nanti mesti ada makanan yang best-bestkan..huhuuuuuuuu tak sabarnya..lebatnya hujan kat luar, patutlah mama sejuk sangat, kalau tidur best jugak..

5 comments:

ibu WaWa said...

sabarlah mamanurin.
Ketahuilah bahawa dikau isteri yg penyayang, sabar dan tabah.

MaMaNuRiN said...

alhamdulillah, moga allah terus kurniakan kesabaran utk mama..thanks ibu wawa

iCaLoVeZiE said...

Semoga tabah dan kuat menghadapi cabaran

Yasmin Nabilah.. said...

Mamanurin..mak ina pun pesakit buah pinggang.. Dah hampir 6 tahun dia cuci darah.tangan, leher perut..semua abis kesan2 kena tebuk..sedih...Tapi apakan daya..ni saja cara untuk mak sentiasa sihat..

Sabar yek..kita sama2 di landasan yang sama.. :(

MaMaNuRiN said...

a'ahhh ina, mmg kesian sgt tengok hubby tu, mesti sakitkan sebab 3 hari seminggu tu kena dialisis..tp harap huby mamanurin kuat semangat..

ica, insyallah..

Popular Posts