September 5, 2010

Tentang September..

September, kau hadir lagi..hadir bersama ramadhan yang kian hilang, hadir bersama Syawal yang bakal menjelang. Kerna September, hati berbicara lagi..berbicara tanpa suara..

Mia, hadir pada September..dan Mia juga pergi pada September..kejapnya  masa berlalu, sedar tak sedar if Mia masih ada, dia tentu dah hampir 3 tahun,.Hampir tiga tahun juga dia jadi bidadari   syurga menunggu papa dan mama..menunggu papa dan mama yang merinduinya..

Semalam papa tanya mama "mama ada uploadkan video Mia kat Facebook ker" ishhh papa ni, boleh pulak papa tak perasan  yang video tu mama dah lama upload tau Mia..mama tanya papa "naper? papa baru nampak ker" apalah papa ni..papa kata kawan dia ada tengok video yang mama uploadkan dan kawan papa sedih sangat..kawan papa sedih tengok Mia..kalau kawan pada sedih, mama lagi sedih bila tengok video tu..mama selalu nak tengok Mia dalam video tu sebab  ada Mia yang gerak-gerak, ada Mia menangis dan ada Mia pegang jari papa tapi mama memang selalu failed untuk habiskan movie Mia, tambah-tambah yang  part Mia menangis..arggg perasaan mama begitu terluka..luka yang tiada ubatnya..mama jadi tersiksa..mama tak pernah pasang volume lappy mama!!

Aduh papa!! naper la begitu rajin tanya tentang video tu kat mama..hati jadi sebak sangat, Mia tahu tak apa jawapan mama pada papa..mama kata "mama upload sebab mama nak tengok Mia but mama tak pernah habiskan or turn on volume lappy" suara mama terketar-ketar mia, papa citer kat mama yang dia bagitahu kawan dia, andai dia rakamkan detik-detik mama meriba Mia, mama  memeluk Mia sambil berjalan ketika Mia dah tak ada, membawa Mia jalan-jalan untuk perjalanan yang terakhir, detik-detik mama dan papa mandikan Mia dengna iar didunia ini, detik-detik di mana kami kafankan dan selimutkan Mia dengan kain putih untuk menemui Pencipta Mia, pasti tiada siapa yang mampu untuk melihat video tersebut kerna tiada siapa yang sanggup melihat kesedihan mama yang amat sangat, tiada siapa yang mampu untuk bertahan melihat penderitaan mama yang terpaksa menyempurnakan perjalanan terakhir seorang anak kecil yang baru nak mengenal papa dan mamanua, yang masih belum sempat diasuh dan di didik..argggggggg rasa masa tu, macam nak terjun kuar je dari kereta papa yang bergerak tu Mia, bila dengar papa kata macam tu..and bila mama pandang papa, i can see his eyes!!! mata papa bertakung dengan airmata..cepat-cepat mama alihkan pandangan..tak sanggup tengok papa sedih!!

Mia tahu tak, menjelang Syawal ni , hati mama makin terusik, September yang sensitif..September yang penuh dengan cerita..Mia tahu tak sayang, saban tahun, hari last bekerja dan hari terakhir berjumpa kawan-kawan mama, mereka yang paling gembira sayang, sebab mereka tahu, hari last berjumpa adalah hari untuk bermaaf maafan..mereka tunggu mama, sebab mereka kata, mama suka nangis..kawan-kawan mama selalu usik mama, mereka kata kalau mama tak menangis, suasana bersalaman tu rasa macma tak seronok..bukan mama saja nangis tau, entah..tapi bila bermaafan tu, rasa kecik sangat diri..rasa aduhai!!


Jumaat lepas, mama ada beli baju raya buat kakak batrisya, kak aqilah, adik attiyah, adik iman dengan adik mya..heheheh mula tu nak beli baju mama tapi akhirnya baju mama tak beli, mama beli baju diaorg..baju Mia? Ummmm tak ada baju yang cantik dan comel kat dunia ni berbanding baju Mia kat sana..baju-baju kat sana lagi cantik, cute dan comel kan macam Mia..mesti cantik anak mama. Rindunya nak tengok Mia..papa kata, kalau Mia ada, mesti Mia anak yang nakal..hahahaah Mia tahu tak kenapa? sebab papa takut kena buli dengan Mia lah..mama pun ada beli kasut dengan handbag baru..papa belanja..dah lama mama tak beli barang..seronok Mia, mama pergi OneUtama sebab malam tak ramai orang..kalau Mia ada, boleh main lari-lari lagi..


Semalam juga, mama dengan papa serta paksu pergi jalan-jalan shopiing lepas papa buat dialisis..sian papa Mia, terpaksa melalui kesakitan sepanjang hayat dengan dialisis..kami gi jalan kat Ikea, Ikano dan pastu mama pergi The Curve..shopping lagi baju-baju untuk kakak dengan adik-adik..papa dengan paksu kata "amboi banyaknya ambik baju" heheheeh tu baru untuk anak-anak sedara mama, kalau untuk Mia, mesti penuh kiri kanan beg shopping mama bawak balik kan..Mia jangan cemburu ya sayang, mama pilih baju-baju tu pun dengan bayangan anak mama yang pakai..baju gaun lagi..Mia jangan marah mama ya, kakak-kakak dengan adik-adik sayang Mia, mereka tak berebut mama dengan Mia, mereka sayang mama sebab mereka semua tahu, mama sedih..mama tak ada Mia sebab Mia dah pergi, mereka nak berkongsi sayang dengan mama supaya mama tak sedih..
 
Mama tak sabar nak pergi rumah banglo Mia..tok ayah kata, rumah banglo Mia dah bersih..dah cantik..mesti tok ayah yang tolong jagakan rumah banglo Mia..sebab rumah banglo Mia kan dekat dengan tok ayah dan maktok..sebab tu mama dengan papa buatkan rumah banglo Mia kat Perak, senang semua orang datang bertandang rumah banglo Mia..walaupun tak ada air atau makanan yang Mia boleh beri tapi kami semua tak kisah, sebab Mia sambut kami semua dengan wangian syurga, dengan kuntuman bunga yang berseri macam Mia..Mia rasa nanti mama nangis lagi tak kat rumah banglo Mia?


Hari ni, mama nak pergi "rumah banglo nenek"..papa kata nak melawat nenek..papa kuat sayang, semua orang yang papa sayangi dah pergi..masa mama kawin dengan papa, tokwan dah tak ada, tinggal nenek aje..nenek pun masa tu tak sihat, kaki nenek kena potong sebelah sebab kencing manis..sedara papa panggil nenek, "nenek jambu" sebab rumah nenek dulu ada pokok jambu..lepas mama kawin dengan papa, mama tinggal dengan nenek..sebab papa anak bongsu, anak kesayangan..jadi mama Mia ni automatik jadi menantu kesayangan..nenek suka masak walaupun berkaki palsu dia tetap kuat Mia, macam Mia jugak kuat! mama kalau nenek masak, mesti mama berselera makan,  nenek masak sedap..Mia ada jumpa nenek kat sana tak?


Mia sayang, jangan cedih ya..main kat "sana" ya..dah lama mama tak nampak Mia main buaian putih yang talinya penuh dengan bunga sebab Mia tak datang jumpa mama pun..Mia belajar mengaji ker sayang? bagusnya anak mama....tunggu mama dengan papa dengan adik-adik ya..doakan kami bahagia dunia akhirat ya sayang..rindunya kat Mia tiap hari, bertambah rindu di bulan September..



3 comments:

ibu wawa said...

macamana kak Wa nak tengok video mia?
mia ada adik beradik lain ke???

Yasmin Nabilah.. said...

sayunyer hati bila membaca rintihan rindu mamanurin. bukan mudah untuk melalui hari-hari tanpa orang yang kita sayangi lagi-lagi dihari yang mulia ini..sabar yek mamanurin..InsyaAllah..rezeki akan bakal menyusul nanti..Amin..Kami sekeluarga doakan agar mamanurin dan suami sentiasa tabah dan sabar..InsyaAllah..

Mamanurin said...

nanti ya kak, saya uploadkan..semalam line slow sgt

ina, terima kasih byk2..insyallah

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...