August 21, 2010

Tragedi Ramadhan

 "Walau setinggi mana  kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai  lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya  kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...Al-Fatihah buat Anakandaku dan semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului diri mama.."


Ramadhan telah hampir ke pertengahan..hati mama makin terasa..makin sayu..makin rindu. Saban kali Ramadhan menjelma, saban kali ramadhan beransur pergi, saban itu juga segala kenangan menjelma kembali..kenangan yang tidak akan pernah luput dari ingatan..kenangan yang berkubur dihati..kenangan meragut impian di hati..pertengahan ramadhan ini, hati terus disayat pilu, jiwa rasa sarat menanggung beban rindu, rindu yang tiada akhirnya, rindu tidak bersuara kerna rindu itu sukar untuk dilafazkan..

Pertengahan ramadhan Mia pergi, mama sering terjaga diwaktu malam, bila terjaga mama pasti menangis, rasa ingin sangat masa tu mama menyusukan mia, terasa sangat nak dengar mia menangis, merengek nak susu, merengek sebab pampers basah..semua mama nak buat..tapi mama tak dapat lakukan semua itu sebab mama tak dapat peluang untuk lakukan..mama hanya berpeluang memegang mia kala mia tengah sakit..tengah sakit yang amat sangat sebab banyak sangat wayar kat badan mia..mama dapat peluk mia kala mia telah pergi..ketika itu mama rasa mama tak nak beri sesiapa pun pegang mia, masa itu juga mama rasa macam nak meraung dalam ICU tu..tapi mama takut..mama takut mia mama terlepas dari dakapan mama..Mia tahu tak masa mia tengah nazak, doctor tanya mama, "puan, ada apa apa yang boleh kami bantu"..masa itu juga mama tengok mesin bantuan pernafasan mia..papa pula dah pegang mama..papa kuat sangat mia, papa masih cuba beri mama kekuatan sedangkan ketika itu kami adalah mama dan papa yang paling sedih..mia nak tahu tak apa mama cakap kat doctor..mama bagitau doctor " please help her, i want my baby..saya nak anak saya..doctor buat macam mana pun saya tak kisah and i don't care if bergolok bergadai pun saya sanggup, janji saya nak anak saya, baby saya" ..sedihkan mia, sebab mama pentingkan diri..sebab mama nak juga anak mama walaupun anak mama bertarung dengan kesakitan..doctor terdiam, nurse pula memujuk mama yang kesedihan, mama yang perutnya baru 3 hari di caesar..

Kala insan lain menyambut ramadhan dengan penuh kegembiraan..kala insan lain menunggu Syawal, mama dan papa ketika itu bertarung dengan perasaan..bertarung dengan kasih sayang terhadap anak kandung sendiri..Mia boleh bayangkan tak? awal ramadhan dan pertengahan ramadhan kini pun mama masih terus bertarung, kala mama merindui Mia mama, makin ramai baby yang di buang ibu sendiri..sedihnya mama Mia..kenapa kan ibu ibu tak sayang anak-anak mereka macam mama sayang Mia? kenapa sanggup mereka buang baby-baby mereka macam tu kan Mia? sampai hati kan ibu mereka tu..mama tak buang Mia tau! mama dengan papa sayang sangat Mia..tapi sayang kami tak terlawan sayang Allah pada Mia..Mia kan anak yang suci lagi, comel..Mia kan anak mama yang baik..sebab tu Allah tak kasi Mia tinggal dengan mama, sebab Mia lebih bahagia kat sana..lebih sihat dan gembira kat sana..


Mia tengah tidur..tak sedar papa rakam dia

video

6 comments:

alcatraz77 said...

Banyak2 kan berdoa, bersabar dengan segala dugaan dari Allah, sesungguhnya setia apa yg berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya anak kecil mama tu akan menunggu mama disyurga.. bagi kita yang hidup perlu banyak beramal supaya di tempatkan disisi nya juga.. Tabahkan di mu mama..

MaMaNuRiN said...

al, tqvm sebab selalu jadi pengunjung setia mama ni..insyallah, allah tahu yang terbaik utk hambaNYA kan..

Hafiz dan Mawaddah said...

Assalamualaikum...akak, i`m speechless...ye ramadhan kali ini juga sgt sedih buat sy...anak sulung sy, lahir pada bulan ramadhan...berpantang dlm bln ramadhan meninggalkan memori2 yg indah..perginya dia 3 bln setgh stlh bersama sy...sy & suami juga slalo terbgn tgh mlm & nangis bersama2...hingga kini akak...tp sesungguhnya, akak mmg lebih tabah dr sy...sy mengharap ingin menjadi ibu setabah akak...Allah beri tiket kita ke syurga kan akak, alhamdulillah...sy memahami prsn itu...sy doakan agar Allah terus beri kekuatan dan ketabahan pd kita semua...insyaAllah, kita semua adlh insan-insan yg dipilih Allah...amin

zalin said...

salam mamanurin..sihat x? zalin harap mamanurin tabah mengharungi semua dugaan hidup ni ye..Ramadhan jugak beri kesan kat zalin satu masa dulu..Atok zalin yang sangat2 baik pergi ketika Syawal menjelma..sgt2 sedih..n sampai sekarang, kenangan zalin dari kecik sampai saat akhir hayat arwah, still zalin ingat..yang hidup pastinya akan mati..harap mamanurin tabah ye..kuatkan semangat..

iCaLoVeZiE said...

Ya Allah, kau kurniakanlah ketenangan dan ketabah kepada sahabat ku ini. Dan kurniakanlah dia kebahagiaan. Dan kau berilah dia pengganti Mia buat penawar dukanya. AMin.

MaMaNuRiN said...

wassalam hafiz, mawaddah..rindukan..tak apa menangis, tak salah sebab tangisan tu boleh melegakan perasaan..a'ha kan, terbangun dan menangis tu dah biasa bila rasa rindu..automatik dah, bukan manual..insyallah hafiz, mawaddah, Allah itu maha adil dan penyayang..yup, tiket first class gitu heheh tapi kite tetap kena berusaha utk menjadi hambaNYA yang baik..insyallah, amin amin..moga mawaddah dan suami terus tabah..

zalin, yab etul, yang hidup pasti mati, tiada yang akan terselamat dari kematian..kenangan bersama tersayang abadikan lah dlm hati, ia akan jadi penawar segala kesedihan..

ica, terima kasih atas doa berharga tu, insyallah, moga kiter akan jadi ibu, mama, mummy, umi dsbnya yang tabah, sabar dan penyayang.

Popular Posts