Hampir seminggu sejak coretan mama yang terakhir...lama sungguh mama tak mencoret, hati meronta untuk berbicara, berbicara tanpa suara, namun batasan waktu mengengkang mama untuk melontarkan kata-kata hati di blog mama yang semakin usang ini..
Seminggu juga mama merindui kengkawan blog mama..membaca coretan-coretan mereka, kerinduan mereka, kasih sayang mereka, kekuatan dan ketabahan mereka melayari satu kehidupan..kuat kah mama macam mereka? seminggu yang penuh dengan kesibukan, seminggu yang penuh dengan kepenatan dan seminggu juga yang penuh dengan kecelaruan..penatnya mama..kerna itulah seminggu jugalah tiada bicara dari hati..
Pagi semalam ketika mama dengan hubby on the way to office, tetiba hubby berbicara "mama, seater belakang ni penuh dengan barang, kalau Mia ada kesian kat dia mama, camner dia nak duduk" opssss!!! benarkah hubby mama berbicara macam tu..yes!! hubby berbicara..mungkin dia juga membilang hari..hari-hari yang akan mendatang..hari-hari yang tak akan dapat dilupakan..hati mama tersentap..saban hari mama busykan diri dengan satu alasan..alasan yang hanya mama tahu..tapi pagi semalam hubby berbicara tentang dia..sebaknya dada..sukarnya untuk bernafas kala itu..hati meronta, airmata bertakung..perlukah mama menjawab persoalan hubby mama? dalam terketar mama hanya mampu membalas "ala kalau Mia ada,seater belakang penuh dgn barang, Mia boleh stay dgn mama kat depan.." kala suara dilontar, terasa getar, hati menangis pilu, saat itu juga kat radio keluar lagu raya..rasa ketika itu, ingin mama terbang, terbang tinggi pergi cari Mia, nak sangat pergi jumpa Mia..nak sangat bagitahu kat Mia.."si kecik mama, rindunya mama, rasa nak gigit-gigit je Mia ni, rasa nak golek-golek je dengan Mia, nak cubit pipi Mia sambil cium Mia sambil berkata "cayang mama, papa rindu Mia..rindu sangat rasanya papa tu kat Mia, papa jarang meluahkan rasa hati dia tapi pagi semalam papa sebut tentang Mia.
Aduh!! perit getir untuk melalui September yang bakal tiba..boleh tak kalau tak ada September dalam calendar year kita? boleh tak kita lompat terus ke October..perit getir juga melalui Syawal yang bakal menjelang minggu depan..mampukah mama menjadi kuat, mampukah mama terus melalui hari tersebut dengan lebih tabah walapun hampir setiap tahun, mama hilang upaya ketika itu kerna ketika itu, mama rasa semua orang kesiankan mama dengan hubby, semua orang seolah-olah rasa simpati pada mama..rasa kesian dan rasa simpati keluarga serta teman-teman mama hargai, namun rasa itulah mematikan kekuatan mama, membuatkan mama terasa mama tiada harta yang berharga berbanding mereke..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Laut Biru
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
-
Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau be...
-
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
4 comments:
Bersab arlah.. ujian ini untuk awak. Semoga ada sinar akan datang untuk awak & family
insyallah..amin amin
mamanurin, mama jgn sedih tau..sy sdih bila bc blog ni. semoga Allah terus bagi kekuatan unuk mama n hubby
nur, thanks cozz sudi luangkan masa kat blog mama ni..insyallah..
Post a Comment