December 31, 2011

Pahit Manis


Sedar tak sedar, dah sampai hujung tahun. Rasa macam baru sahaja melayari kehidupan di awal January, sedar tak sedar December juga menginjak hari, January menjelma  kurang dari 4 jam lagi. Hampir setahun berlalu, pelbagai rasa, pelbagai kenangan melingkari mama dan papa.

Setahun juga bertambah dalam mama melayari bahtera kehidupan mama bersama papa, antara rasa gembira, rasa bahagia, rasa terluka mahupun rasa duka, banyak mengajar mama untuk lebih dekat padaNYA, mengajar mama bersyukur atas segala rahmat yang mama perolehi, Melayari kehidupan berdua-duaan dengan papa alhamdulillah mama rasa sangat bahagia walaupun jauh dalam hati, mama selalu berharap dan berdoa, agar rezeki mama dan papa lebih murah dengan kehadiran permata hati.

Bersama 2011, papa seringkali tak sihat, bergelumang dengan tahap kesihatan papa yang tidak menentu, benar-benar membuatkan hati mama selalu tersentak, selalu kelam kabut dan selalu berharap ada orang lain dalam rumah mama untuk mama jadi lebih kuat kala papa tiba-tiba sakit. Namun, syukur sangat-sangat pada Allah sebab kerna DIA mama jadi lebih kuat dan tabah, mama jadi lebih cool walaupun selalu airmata mama mengalir bila papa sakit dan mama tak tahu nak buat macam mana. Melayani tahap kedegilan seorang lelaki kekadang benar-benar membuatkan mama sebagai seorang wanita rasa tercabar, marah dan sakit hati. Namun, mama sangat menghargai lelaki itu, sebab dia kawan mama, sahabat, teman dan suami mama, yang mama boleh berkongsi segala rasa walaupun lelaki itu selalu sorokkan perasaan dia pada mama terutama bila mama dalam duka. Lelaki itu juga papa yang terbaik untuk anak mama, arwah mia dan juga papa yang sangat caring insyallah buat adik-adik Mia.


Setahun juga mama dan papa berusaha dengan pelbagai treatment moden dan traditional agar mama berjaya menambah bilangan ahli dalam rumah mama, tapi andai itu belum diizinkan Allah, mama tetap kena teruskan usaha mama, tetap kena berdoa. Kadangkala kegagalan membuatkan mama rasa sangat perit, sangat terluka. Bila berjaya, dugaan lain menimpa, namun itulah kehendakNYA, andai telah ditetapkan ia bukan rezeki mama dan papa, ia tetap pergi jua. Moga tahun mendatang, Allah kurniakan mama rezeki yang lebih istimewa. Amin Ya Rabillalamin.


Berkongsi kegembiraan serta kebahagian dengan keluarga yang besar sangat besar ertinya buat mama, keriuhan serta kenakalan anak-anak sedara membuatkan mama dan papa rasa kebahagian itu milik kami berdua, walaupun kekadang terasa hati sebab kena angin tak nak baik dengan maklong diaorg ni, sure ada ayat popular yang keluar dari bibir mungil diaorang "tak nak kawan  maklong", sangat pedih ayat itu walaupun ianya dari seorang kanak-kanak. Kasih sayang maktok dan tokayah serta adik-adik mama buat kami berdua tak dapat kami balas, sangat-sangat besar ertinya terutama maktok dan tokayah. Terima kasih mak, abah!!


Kerja mama alhamdulillah. Sangat seronok berkerja dengan kawan-kawan yang menyeronokkan walaupun kekadang tu, bila angin masing-masing tak elok, boleh kecoh satu department, tambah-tambah bila hujung bulan nak tiba. Mama suka dengan kerja mama walaupun terpaksa berkejaran terutama bila waktu balik tapi mama seronok. Kawan-kawan yang sering memberi semangat dan mengambil berat walaupun kekadang ada yang mengadu tentang cakap-cakap kat belakang, tapi itu lumrah. Mama tak kisah sebab mama rasa sebagai makhluk Allah, kita tak sempurna dan lemah. Biarlah orang nak kata apa, selagi mama mampu bertahan, mama biarkan aje, tak kemana pun perginya kalau dilayan.


Rasa cinta, rasa sayang, satu perasaan yang sangat indah, mama rasa kita kena banyak memberi tanpa mengharap balasan sebab ia satu perasaan yang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Nikmati rasa itu dengan penuh perasaan. Kebahagian dan kegembiraan memerlukan pengorbanan kerna itu, mama akan terus berusaha dan berkorban apa saja, agar mama dan papa beroleh kebahagian itu. Mama ingin nikmati saat-saat indah dan bahagia seperti orang lain, yang berjaya memperolehi zuriat, yang sedang menikmati keterujaan saat kehamilan. Mama harap sangat dan berdoa, saat itu milik kami juga. Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan setiap detik dan saat, dapat mama kumpul sikit demi sedikit untuk menampung segala kos yang berkaitan.



Lumrah alam, yang tiba pasti akan ada penghujungnya, yang hidup pasti akan mati. Mama sentiasa berharap dan berdoa, agar mama serta papa senantiasa dalam rahmat Allah, diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi segala dugaan dariNYA. Sangat berharap kesihatan papa semakin baik dan sangat berharap juga rezeki kami semakin murah. Amin Ya Rabillamin. Moga Allah teruskan berikan kami sinar dan  bimbing kami menjadi hambaNYA yang sentiasa tunduk dan sujud padaNYA.




December 24, 2011

Watch Me

Paling awal sampai
Percubaan dalam mencari kejayaan kembali lagi. Kenapa urusan klinikal? sebab mama dah ada rekod dengan LPPKN masa treatmentkan Arwah Mia, jadi mama tak perlu open new record. Ujian klinikal ni untuk ambil darah mama serta papa sekali dengan sperm papa.

Mula tu ok aje tapi tetiba nurse panggil kata fail mama tak jumpa walaupun dah puas diaorg cari. Week before mama datang, masa call diaorg ada la pulak fail tu. Pastu diaorang kata nak kena open fail baru, kena interview sikit macam patient yg first time datang nak buka fail. Mama kata ok aje sebab mama pun bercuti kebetulan hari tu. Rezeki mama dan nasib mama baik sikit hari tu, baru aje nurse nak buka fail baru mama, datang senior nurse, dia tengok and nurse yang tengah attend mama kata, fail tak jumpa, nak open yang baru, but senior nurse tu kata "macam pernah nampak je nama ni" terus dia masuk bilik fail, tak sampai lima minit, fail mama dah ada, kejap je kan..papa cakap kat mama sambil berbisik "veteran juga yang diperlukan" jahat tau papa..

Ya..insyallah mama kembali dengan ikhtiar mama, kembali dengan usaha mama untuk mendapatkan zuriat seperti orang lain juga. Mama kembali mencari kebahagian mama dengan papa. Mama harap usaha mama dengan papa diberkati dan dirahmati Allah dengan kehadiran zuriat-zuriat yang sihat walafiat dan sempurna sifatnya, supaya mama tak lagi rasa kekurangan dalam rumahtangga mama dan papa.

Mia mama adalah anugerah terindah Allah pada mama dan papa. Anugerah yang tiada tolak tandingnya. Kehadiran Mia dalam rahim mama dulu sangat-sangat mengembirakan mama serta papa, dan mama sangat bangga sebab mama ada Mia. Jadilah bidadari mama dengan papa disana yer sayang. Doakan mama dan papa disini supaya kami berdua terus kuat dan tak putus asa. Doakan mama dengan papa ada adik supaya mama dapat bercerita tentang Mia sebagai kakak mereka nanti, walaupun mungkin cerita itu adalah cerita yang sama, tapi mama ingin mereka tahu yang Mia senantiasa dekat dengan mama dan papa. 

Amin Ya Rabbil Alamin..

p/s : Nanti mama update pasal cost etc next entry..dah ngantuk ni


Rindu Maklong

Hari ni rasa rindu sangat pada Aqilah serta Iman Harith  yang dah terbang balik Sabah ziarah nenek belah ayah dia (adik ipar mama). Dua hari diaorg sampai sana, call mama pun diaorang tak  nak cakap, bila mula pegang handphone je adik mama kata diaorg dah mula "menyebik", nak nangis..pastu bila dengar suara maklong dia ni, terus aje nangis. Rindu maklong dengan paklong la tu..rindu korang juga..

Dua tiga hari ni juga cuaca amat muram sekali, rasa seronok nak tarik selimut. Minggu lepas hingga tahun baru, rumah kecil mama ni menjadi transit or rumah persinggahan saudara mara untuk bercuti, sangat-sangat seronok dan sangatlah havoc jadinya. Maktok pula memang suka dok dapur jadi dapatlah makan sedap-sedap hingga papa bising kat mama sebab mama tak tolong maktok. Macam mana nak tolong, maktok tak kasi hehehe...dari kecil sampai dah kawin, memang selalu  maktok tak kasi mama tolong..tokayah pula, memang jenis tak boleh dok diam sebab kalau dok diam tanpa buat kerja, pasti badan rasa sakit katanya, jadi ada je tempat dengan barang yang direnovatekan, ubah kedudukan hehehe.

Inilah hero mama - Iman Harith

Aqilah Hannani - sebaya dgn Arwah Mia

December 22, 2011

Sangat Gembira

Mama sangat happy this week sebab maktok dgn tok ayah ada kat rumah kecik mama ni, pastu ada Qilah dan Iman Harith dengan mak ayah diaorang,  bila balik kerja, diaorg semua ikut papa ambik mama, sangat seronok dan sangat penat sebab jawab banyak soalan dari Qilah dengan Iman Harith tu. Hari ni Qilah dengan Iman nak fly balik Sabah ziarah nenek belah pakteh. Sejak 2 tahun lepas Iman tu tengok dunia ni, inilah pertama kali dia balik jenguk nenek dia. 

Esok makngah dengan acik pun nak datang rumah mama lepas kerja. Wah sangat best sebab sampai hujung tahun, rumah mama penuh dengan tetamu. Bukan senang tau maktok dengan tokayah nak tinggalkan rumah diaorg kat Perak nun..



December 17, 2011

Mama Sakit

Mama Sakit

Sakit sangat..hari ni mama gagahkan diri untuk bangun..semalam kat office mama dah rasa badan lain macam aje tapi pikir penat kut so mama tak kisah sangat. Bila sampai rumah je, memang rasa perit sangat tekak tetiba, badan jadi tersangatlah panas tapi tetapkan kuat kan semangat sebab nak settlekan membasuh pakaian dulu. Rasa memang teruk sangat. 

Bila dah selesai semua, memang mengigil badan sebab panas sangat, minum air barli yang papa belikan pun tak jalan, minum air badak pun sama, last mama tidur aje. siap berselimut dan tanpa kipas..tapi mam atetap menggigil..papa jerlun kepala pun tak jalan. Lagi papa tak senang duduk bila mama nangis. Tak tahu kenapa mama perlu nangis tapi papa cakap, papa tak suka mama demam, sebab kalau mama demam, mama suka merengek pastu nangis. Teruk la papa ni.

Semalam memang mama asyik mandi aje sebab nak kurangkan panas dalam badan, sejuk sesangat, bergetar-getar bibir tapi air cepat kering sebab badan terlampau panas. Tak nak pergi klinik atau hospital sebab takut kena masuk ward then nanti papa yang susah sebab papa pun tak sihat jugak.

Hoping mama getting better soon.

December 12, 2011

Papa Pengsan!

Mama masih menangis sendiri
Papa ada rutin dialysis harini..macam biasa, lepas hantar mama, papa pun pergi kat dialysis centre kat PJ tu. Seperti biasajuga, bila dah sampai, papa mesti sms mama bagitahu dah sampai sebab tak nak mama susah hati. Rutin yang biasa untuk mama dan papa.

Harini juga mama leka buat kerja, tapi still tak lepas dari detik 10 pagi sebab memang dah jadi habit, time time tu lah mama mesti nak call dialysis centre tanya pasal papa..jadi nurse kejap nak check condition papa. So far rutin ini pun berjalan dengan lancar setiap kali papa kena dialysis seminggu 3 kali. Tak pernah mama culas buat spot check even kekadang mama merajuk dengan papa pun, mama tetap call. Tadi staff centre jawab call mama..

mama : as'salamualaikum, kak rin ni..abg (papa) macam mana?
staff    : abg ok kak
mama : dry weight datang tadi brapa, BP and pulse brapa sebelum buat?
              mesti tension je staff tu kena soal
staff    : kejap yer kak...(lama sungguh..konon ambil fail la tu)
               kak..
mama : a'ha ok ker tak? abg tengah buat apa tu? tidur ker?
staff    : normal kak, macam biasa..macam selalu (ni without jawap soalan mama kan)
mama : abg guna selimut tak? sejuk bawah aircond tu
staff    : guna kak (case mcm takut nak jawab lebih)
mama : ok..thanks

Mama sambung kerja and tak call handphone papa pun sebab tak nak ganggu dia tengah rehat or tidur masa tu sebab selalu dialysis dalam 4 jam..mama lunch around 12pm..tup tap tup tap terus pergi surau nak solat zohor, memang dah budget time ni papa dah settle dialysis, mama call papa..

mama : dah abis ke dialysis?
papa  : mana ada buat..
mama : aik!! apasal tak buat? tadi mama call centre diaorg kata buat..
papa  : tadi papa pengsan!
mama : haaaaaa? abih tu kenapa diaorg kata papa ok je..buat dialysis (time ni mmg marah)
papa  : papa yang tak kasi diaorg bagitahu mama (mcm tu pulak kan)

Uhhh!!! memang panas..nasib baik air sembahyang ada basah lagi kat badan..kurang sikit marah, kurang sikit nak membebel, terus mama solat, terus balik department, kemas barang jumpa relief boss sebab dua orang boss cuti, tinggal bos ketiga, mintak keluar awal dgn air mata berlinang..sedih sangat!!! dapat permission terus naik monorel!!!

Papa  ambik mama kat KL Sentral sebab dia kata dah ok tapi mama tengok pucat je papa, ajak pergi hospital tak nak, ajak pergi clinic pun tak nak, penat rasanya bila bercakap dengan papa yang tak nak dengar kata ni..rasa nak piat piat telinga pun ada, naper la degil papa ni kan..

Wahai papa, tolonglah dengar cakap mama. Mama tak minta papa belikan rumah macam Istana Negara tu, tak minta belikan kapal terbang or roket, tak minta pergi melancong kat angkasa lepas tu, tak minta papa kasi mama makan 24 jam pun, tak minta pun papa belikan baju tiap-tiap hari..mama cuma minta papa sihat je, minta papa pandai jaga diri, minta papa pergi clinic or hospital bila sakit bukan buat degil. Batuk papa tu dah lama, bila nak tidur sure tidur tak lena kan, asyik batuk, asyik bangun buang kahak, pastu papa asyik cakap mama tidur lena. Kalau papa dengar cakap mama, sure papa pun tidur lena.

December 11, 2011

Gelodak

Semakin hari, mama terlalu sukar untuk mencoret sedikit luahan hati mama disini, selalu membiarkan hati mama berbicara sendiri, masa dan keadaan yang tidak mengizinkan namun begitu mama masih cuba untuk mengatur masa mama dan keadaan dengan sebaiknya.

Sekejap sahaja kita telah sampai penghujung tahun, tak lama lagi tahun baru..mama masih berdua dengan papa dengan keadaan kesihatan papa yang tidak menentu, kekadang sihat, kekadang tidak. Hati dan perasaan mama rasa pedih dan terluka bila papa tak sihat, jarang dapat lihat papa sihat sepenuhnya. Rasa sakit bila terpaksa melihat papa sakit, bila terpaksa menangis keseorangan sebab tak nak papa susah hati..rasa perit dan rasa teruk sangat..perasaan yang sama mama harungi kala anak mama sakit dahulu..

Pengakhiran tahun juga, terasa terlalu penat dengan kerja-kerja dipejabat, KPI dan appraisal yang perlu diselesaikan, jadual cuti untuk tahun depan yang perlu disusun dengan sebaiknya supaya mama dapat bercuti dengan papa sebaiknya.

Benar kata orang, menumpang kasih dengan anak orang takkan sama dengan anak sendiri. Dengan anak sendiri adakah mama akan rasa kecil hati? tidak kan? aduh!! mama tak sangka juga mama kecil hati dengan anak sedara mama yang sebaya dengan arwah mia..budak kecik je kan tapi itulah kan, hati seorang ibu yang kehilangan anak..sangat terasa!! sampaikan adik mama yg second last pun comment kat FB mama " ala, along ni, dengan budak pun nak majuk" huhuuu memang mama sentap habis dengan budak pompuan yang nama Qilah tu..siap report kat mak dia lagi yang anak dia tak nak kawan maklong dia ni..sedih tau..

Iman Harith (boy yang kat belakang tu), Qilah and bertopi tu Mya Sara


Lama dah mama tak cerita tentang treatment mama kan..ummm entahlah mama pun tak tahu macam mana  lagi, mama tetap berusaha sendiri, insyallah kalau ada rezeki, alhamdulillah, if tak ada juga, mama tetap akan cuba sampai ada, sebab menumpang kasih anak orang takkan sama dengan anak sendiri.

December 2, 2011

Love


Lama juga mama tak update blog usang ni, kepenatan yang melanda sejak kebelakangan ini, memang sangat-sangat membataskan keinginan mama untuk berkongsi rasa dan cerita, hinggakan bila sampai rumah je rasa ingin terus tidur.

Mama pergi terjah rumah kawan-kawan mama, cuma jarang meninggalkan jejak sebab mama penat, membaca pun siap tongkat dagu, memang kronik sesangat rasa kepenatan mama bila, saban hari bergelumang dengan kerja, mengejar masa  berlarian dalam hujan sebab nak sampai rumah cepat, bersesak-sesak nak masuk dalam monorel sebab tak nak papa tunggu lama kat KL Sentral..belum dicampur monorel buat problem..lagi lama la mama menunggu..

Cerita tentang papa pula, kejap papa sihat kejap tidak. Last week papa demam..loya mengalahkan orang pregnant. Mungkin sebab papa tak lalu nak makan, jadi angin dah penuh badan. Last week juga pergi Setiawan, pergi buat fisio papa, pergi ambik ubat  papa kat doctor homeopathy..mama jumpa ibu Aiman dengan Aiman, sangat mulus wajah dia..kemudian terus balik rumah tok ayah..best.

Mama singgah rumah kecil Mia..sgt tenang! mama tak nampak pula jiran baru Mia. Rasa macam tak nak pergi dari situ. Mama rasa macam Mia terloncat loncat gembira sebab mama datang, almaklumlah mama dah lama tak datang jenguk Mia..balik rumah tok ayah, rasa sangat happening sebab ada cousins Mia yang pelbagai ragam, yang sangat suka buat ayat "maklong cantik, maklong wangi, maklong kurus, maklong putih" semata-mata nak bodek mintak main Ipad papa, or nak mintak minyak wangi mama or mintak nak beli buku atau mainan..tapi bila angin tak baik, hilang sudah segala wangi, cantik dsb..timbul ayat "kakak tak kawan maklong, kakak kawan mak ngah, acik, acu", bila sorang berkata macam tu, sure yang lagi 3 orang pun mengikut, sentap jugak maklong dia ni tapi mama tak kisah sebab nama pun budak-budak, mama tetap sayang sebab diaorg anak-anak mama jugak. cousins Mia!

Mama sentiasa menyayangi..always..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...