January 10, 2013

Cantik tapiiiii!!!!

Meja makan yang mama dan papa sangat suka bila tengok kat kedai tapi sangat sakit hati dengan mat bangla yang datang hantar malam tadi!!!


Dah ler kerusi tu putih melepak, boleh pulak diaorg angkat kerusi tu without plastik pembalut!! Dah hitam jadinya kerusi tu dek jari diaorg yang ada minyak tu. Eeeeee rasa nak baling kerusi tu kat diaorang tau. Pastu meja bergoyang!! Sungguh tak berkualiti. Bila complaint meja goyang, punyer hampeh pekerja bangla tu boleh dia lipat kertas pastu letak kat bawah kaki meja tu..ceh!!! Ingat kedai mamak ker!!!


Papa dah bengang giler dengan lwkerja bangla 3 orang tu...eeeee rasa nak rodok je diaorang tu..mati2 tak nak mengaku kualiti meja tu!!! Pastu siap tanya balance harga meja makan tu but papa tak nak bayar full sebab meja still bergoyang..papa kata kami tak puas hati kalau you nak angkat meja ni balik kedai, sila angkat..kalau nak tinggalkan pun ok tapi i tak nak bayar full sampai you datang esok betulkan supaya tak bergoyang..lap kerusi tu supaya tak ada kesan hitam minyak tu..we tak kisah!! Agaknya sebab tengok papa dah naik angin, diaorg janji nak pagi ni selepas kena jerkah dengah papa gara2 papa suruh datang pagi diaorg boleh lagi nak tawar tawar datang petang..cari penyakit betul.


Hari ni mama kerja, so mama dah pesan kat papa, nanti sruh guard datang temankan while mat bangla ni datang nak betulkan meja tu, kalau still tak ok jugak, sila ambik balik deposit beratus tu, kasi balik meja tu. Mama tak nak walaupun cantik. Rela makan bersila.


Sangat menyakitkan hati betul.!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...