January 28, 2013

Aqiqah dan Doa Selamat

Minggu yang penuh dengan cuti. Mama sangat suka bila cuti dan sangat suka juga bila berkerja. Masalahnya bila cuti panjang, mood kerja lambat muncul muahahahaha.


Minggu ni cuti Maulidur Rasul pastu mama sambung hari Jumaat cuti. Sebelum cuti maulidur rasul hari khamis lepas, mama siap ambil half day leave lagi sebab tak nak terperangkap dalam jammed kat KL nun. Hari ni cuti lagi sebab sambung cuti thaipusam yang jatuh hari ahad.


Mama balik kampung sebab tok ayah buat kenduri aqiqah cucu baru huhuhuu..aqiqah budak bam bam tu..Nur Adlina Humairah! Yeahhh budget raya tahun ni dah bertambah lagi lagi dengan pertambahan anak saudara.


Adik mama kata, Humaira ni gelap sikitlah along ahaks!! Tak dalah gelap sangat mama tengok Humaira tapi kalau nak dibandingkan dgn kakak Aqilah dan abang Iman dia, memang nampaklah beza. Humaira gelap sebab mak dia suka tengok cerita hindustan. Hidung penyet jugak hahahaa. Alaaa ok je lah kulit Humaira kan.


Minggu ni minggu yang supposed untuk preparation anniversary ke 10. Huhuhuu tapi tak ada prepare apa-apa pun untuk papa..poket kempis..kebetulan adik-adik pun nak datang rumah Jumaat ni jadi anniversary yang jatuh pada hari wilayah nanti boleh la kut kalau nak pau diaorang hahaha!


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...