May 9, 2013

Rindu segalanya

Rindu nak jumpa doctor. Doctor mama dekat DEMC dan LPPKN. Doctor doctor dan nurse yang senantiasa berusaha memberi yang terbaik untuk mama dan papa

Rindu nak kena telan ubat. Rindu dengan suntikan ubat hormon. Rindu nak tengok papa jadi doctor bila kena bantu mama suntik ubat. Kalau ubat hormon untuk disuntik, papalah yang kena buat sebab mama tak berani suntik diri sendiri heheheh.

Rindu nak buat segala procedure di hospital. Rindu nak tengok mr.sperm berenang-renang bila dah kena cuci dalam makmal.

Rindu nak dengar doctor beri kata-kata semangat.

Rindu nak rasa ada baby dalam perut mama macam masa Mia ada. Rindu nak rasa ada insan tendang perut mama. Rindu dengan morning sickness setiap kali terjaga dari tidur.

Rindu nak pakai baju pregnant. Rindu nak pergi shopping barang baby. Rindu segalanya.

Rindu nak bersalin walaupun sepuluh kali kena belah perut mama rela. Rindu tangisan baby dan wangi baby. Rindu nak tengok papa mengalirkan airmata macam first time doctor sahkan mama pregnant!!

Rindu Nurin Amni Damia khalilah sebab sekarang dia tak ada dengan mama. Rindu sebab dia bidadari mama dan papa di syurga Allah. Rindu nak cium dia..rindu nak peluk dia ketat-ketat, rindu nak gomol-gomol dia. Rindu nak tengok dia buli papa..macam mana yerk kalau Mia buli papa sebab mama dengan papa tak berkesempatan menikmatinya..

Ya Allah, hambaMU yang lemah ini sangat rindu. Rindu padaMu..rindu pada RasulMu..rindu segalanya. Kasihani kami Ya Allah. Permudahkan segala urusan kami. Rahmati kami Ya Allah. Rahmati dan berkatilah kami.

Published with Blogger-droid v2.0.4

7 comments:

cik ara said...

sis , bertabahlah yea. Tuhan tahu sis mampu bersabar dgn semua dugaan ini ..

Mamanurin said...

Cik ara, terima kasihvdik. Insyallah..amin amin amin

~yaya~ said...

Please be strong. Allah knows everything. Dia tau awak kuat :)

Mamanurin said...

In syaa allah. Moga Allah terus berikan kita kekuatan dan ketabahan

Nurul A said...

Salam.
Besar dugaan awak. Insha Allah, besar ganjarannya. Allah pun sebut dalam surah Al Baqarah, ayat 286.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya baginya". Mungkin kalau dugaan ni kena pada org lain, mereka mungkin tak setabah awak.

Yg penting usaha, doa dan tawakkal.
Antara waktu paling mustajab utk berdoa ialah satu pertiga malam, bangun solat tahajjud.

Saya doakan perjuangan awak diberkati Allah.

Anonymous said...

mama,
teruskan..teruskan dan teruskan.. bersabar, berusaha dan bertawakal.. pasti ada ganjaran yang tersirat.. kalau tidak di dunia ini, pasti di akhirat nnt..

Noura Jumiran said...

hanya yang pernah merasa saja mampu memahami sakit nya merindu bidadari hati yang telah pergi, semoga kite tabah dan kuat disamping kerinduan yang tak mungkin lenyap ni.

Popular Posts