May 5, 2013

Semangat Pru13

Seawal pagi papa dah kacau tidur mama!! Adoi papa ni kan, sangat bersemangat sampai tidur pun tak lena. Siap kacau mama yang sedang enak tidur. Hahahaaaa bila tanya kenapa kacau mama, papa kata tak boleh tidur. Mama pula, dalam keadaan mengantuk, mata pejam pun jawab..." ala papa golek golek baca fatihah degan 3qul nanti boleh lah tidur". Yes!! lega kejap.


Memang sangat la bersemangat papa ni mengalahkan nak sambut raya!! Belum subuh lagi mama dah kena kejut dari tidur. Alasan papa nanti lambat sampai rumah kakak, susah nak dapat parking. Eeee papa ni suka je. Mama mengantuk!


Pergi mengundi dekat PJ..tempat mengundi pula dekat dengan dewan berhampiran rumah kakak ipar mama. Wow!! Awal pagi jam 7 dah sesak!! Nasib baik kereta mama kecik dan pendek, senanglah nak parking tempat sempit hahaha. Gara-gara sangat berkobar-kobar nak mengundi, papa tak bawak mama breakfast pun. Uhh lapar giler. Habis mengundi baru makan itipun ambil nasi lemak dengan kuih dari gerai anak sedara!! Tapau bawak masuk dalam rumah dan makan macam semalam tak makan langsung.


Alhamdulillah, papa sihat hari ini tak macam dua tiga hari lepas. Moga hak kita sebagai rakyat Malaysia dihargai. Tidak kira siapa pemenang, yang penting kepercayaan rakyat pada hari pengundian ini dihargai.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Popular Posts