November 17, 2013

Kali Pertama 16/11/2013 tanpa papa




Ya papa, kali pertama mama dan Qaseh ke DEMC tanpa papa. Mama rasa teruk sangat tanpa papa bila melibatkan buah hati kita Qaseh.

Hari ini sepatutnya cucuk Qaseh untuk 6 bulan papa, tapi sebab masa Qaseh 5 bulan papa pergi awal dari tarikh temujanji dia maka jadinya anak kecil kita terpaksa menerima dua suntikan setiap satu di pehanya termasuk kena ambil nebulizer sebab asa kahak pula dekat kerongkong. Kesian dia papa. menangis menahan sakit dan mencari papa kerna setiap lelaki yang memakai kaca mata pasti ditenungnya..hati mama sakit papa..sakit sebab papa tak ada saat simata bulat papa memerlukankan papa. Rasa sangat sedih bila mama tak dapat membantu dia papa.

Papa, Qaseh kita dah 7.15kg sekarang ketika 6 bulan. Doktor kata perkembangan dia sangat bagus. Dia dah boleh duduk dengan badan tegak. Badan dia sangat lembut macam budak belajar gimrama..macam macam aksi papa dia buat.

Rindu nak dengar papa ketawa gembira bila tengok aksi Qaseh yang pandai bodek ni. Rindu nak dengar suara papa memberi komen tentang Qaseh.

Papa, kami sayang papa. Mama tahu papa sayang sangat Qaseh. Mama akan jaga Qaseh dengan baik

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Noina said...

Assalamualaikum Mama,

Maaf lama tak menyinggah ke sini.. Sebak rasa membaca entry-entry mama. Kehilangan orang paling disayangi sememangnya menduga hati. Seolah-olah jiwa dibawa pergi. Mama, Allah tahu kemampuan mama. Jagailah Qaseh sebaik mungkin. InsyaAllah, Qaseh juga akan cuba mengubat hati mama yang telah kehilangan papa.. Rasa nak peluk mama sekarang gak.. tabahkan hati wahai kakakku.. Allah sentiasa bersamamu.. *hugs*

Popular Posts