November 12, 2013

Tentang. .Part II




Papa, rasa sunyi bila mama tidak berbual dengan papa. Hari ni mama kena cover kerja dua orang staff. Seorang kawan mama memang tak sihat semalam so memang mama suruh MC aje sebab selsema dia sampai bengkak mata dan lagi seorang macam biasalah papa dia MIA.

Tapi mama ok je, mama buat dulu kerja mama baru mama settlekan kerja diaorang. Officemate kata, mama dah macam superwoman.

Hari ni mama pergi bangunan Lim Foo Yong sebab nak cari socks untuk jantung hati kita Qaseh tapi mama tak suka sock tu dan mama beli benda lain...mama beli sepit rambut. Macam cute je.

Tadi pun mama menangis lagi..Linda call..ala kawan mama yang nurse tu. Dia kata dia ada call mama pada hari papa tiada dan mama tak jawab call..mmm memang banyak call yang mama tak jawab papa..bercerita tentang papa dan Qaseh benar benar membuatkan mama menangis..rasa rindu tu..rasa sakit kehilangan dua insan yang sangat mama sayang..papa dan Mia san juga mengenangkan Qaseh yang kini menjadi anak yatim benar benar merobek perasaan mama. 

Mama rasa ada officemate mama nampak mama menangis. Sunyi tetiba office tu dari gelak ketawa diaorang tengah lunch tu.

Hari ni masih lambat lagi ambil Qaseh. Mama masih diatas highway yag jammed ni. Penat menunggu adik pun tak hilang lagi dah kena mengharungi jammed yag tah apa apa tu. Mama rasa nak muntah lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

surainee said...

Allahuakbar..berat sungguh dugaan buat mama. Semoga mama terus tabah dan diberikan kekuatan untuk menempuhi saat-saat getir ini.Tiada kata-kata yang mampu saya ungkapkan untuk menggambarkan betapa saya turut sedih dengan apa yang menimpa mama..semoga mama diberikan ganjaran yang hebat atas kesabaran mama.

Popular Posts