November 7, 2013

Tentang Pulang Tanpa Dia




Papa, mama balik Perak malam ni. Selalu balik dengan papa, papa drive mama jadi co pilot tapi kali ni balik dengan adik dan diana jadi co pilot. Mama pulak jadi puan besar kat belakang.

Mama balik nak ambil permata hati kita. Budak mata bulat kesayangan papa, si Qaseh tu. Rindu sangat dekat dia macam mama rindu papa juga. Tadi acik sms bagitahu Qaseh tak nak tidur lepas acik bagitahu mama nak balik. Dia senyum je papa.

Insyallah esok pagi mama ziarah papa yer. Tadi mama ada baca Yassin dan mengaji. Adalah sebotol air untuk pusara papa.

Mama type entry ni dalam kereta. Pertama kali buat kerja macam ni sebab masa papa ada, mama tak pernah update blog mama dalam kereta di malam hari. Main sms dan whazzup selalu la.

Papa, rindu sangat papa. Esok nak bawa Qaseh pergi sunat. Papa tak sempat temankan mama kan. Tak apa, mama tahu papa selalu ada dengan mama..dalam hati mama..medical card dan polisi insurance Qaseh pun mama dah terima. Terima kasih papa

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Nadiah said...

Qaseh sama mcm Zahra Aisyah kami..semoga jd anak solehah..semoga terubat rindu pd papanya bile dpt bersama anak kecil comel itu..sehari berpisah dgn anak rasa resah dah inikan berhari2..mesti rindu sgt2 kan..

Ninie said...

tiap kali baca entry awk..sy akan mengalirkan air mata..ya allah, tabahkanlah hati kawanku ini...

Popular Posts