November 4, 2013

Tentang Tangisan Yang Dipendam

Astarafirruallahallazim....Allahuakhbar..


Maafkan mama lagi papa, masih terasa pedihnya kehilangan papa walaupun mama tahu kita akan pergi juga padaNYA antara cepat dengan lambat sahaja.


Airmata mama ni seakan penuh aje takungannya. Mungkin pada pandangan mata kasar orang, mama tidak menangis lagi tapi sebenarnya mama menahan tangisan mama supaya tidak ada yang susah hati pada mama.


Papa, selalu bila mama menangis, papa ada disisi mama dan sekarang bila mama menangis, mama tetap rasa papa ada cuma pada kita dibezakan dengan keadaan yang berbeza. Mama tak bermaksud nak buat papa sedih disanan tapi mama rindu sangat kat papa. Papa pun tahukan macam mana mama rindu bidadari kita Mia bila dia pergi..macam tulah mama bila papa pula pergi..kali ini semuanya berganda.


Papa, kasut office mama yang warna hitam dgn riben kat depan tu dah tak boleh guna. Tadi sampai office baru perasan tapak dia tu dah problem. Tangan mama dah nak dail hp papa dah tadi sebab nak mengadu tp tetiba terrpandang hp papa ada dengan mama..rasa nak meraung papa!!!


Mama hilang tempat mengadu domba pasal perkara perkara remeh dan tak masuk akal. Mama hilang tempat mama menangis tapi mama tahu Allah sayankan papa dan mama tak nak papa sedih sebab Allah senantiasa ada untuk mama mengadu dan meminta.


Papa, mama rindu papa dan bidadari syurga mama. Rindu yang sangat dalam. Mama selalu harap papa dengan Mia datang dalam mimpi mama. Qaseh semakim sihat papa. Pada Qaseh, ada papa dan Mia.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

BaTiK_PiNk said...

Mama, tabahkan hati mama....Yani sentiasa doakan hati mama diberikan ketabahan olehNya. Tahu berat dugaan mama, Yani sendiri tak tahu sama ada Yani mampu atau tidak untuk hadapi dugaan yang mama sedang lalui sekarang ini...

Kalau mama nak luahkan perasaan, Yani sedia mendengar...taknak mama sedih-sedih, kalaulah Yani dekat dengan mama..inshaAllah Yani bantu yang termampu.....

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...