March 19, 2009

Hatiku Pedih

Tetiba hati rasa begitu pedih...terlalu pedih untuk diluahkan dan untuk dibicarakan. Terasa begitu sayu sejak kebelakangan ini..kekadang terasa bagaikan senyuman dan tawa riang aku semenjak dua menjak ini bagaikan kosong..kosong sangat-sangat..diri rasa begitu sunyi sangat..

Kesunyian..kesepian yang melanda diri ketika ini, seolah-olah ramuan yang serasi untuk bersama sehinggakan bila di sulami dengan kesibukan office, aku akhirnya demam dan selsema dan pasti esok atau lusa aku akan diserang dek batuk pula.

Disini...detik ini..lagu kerinduan masih bersenandung di dalam hati..kerinduan yang tiada siapa pun akan mengerti sementelah suamiku sendiri. Hati seorang ibu terlalu payah untuk dihalusi...hari ini juga perasaan begitu tersentuk lantaran hadiah yang aku terima dari seorang kenalan di pejabat..terima kasih kawan atas pemberian sekeping penanda buku yang cantik..mengandungi doa yang selalu aku amalkan..moga akan ada rezeki aku sepertinya. Amin.

March 15, 2009

Rindu bertemankan rintik hujan

Ketika ini hujan masih lagi turun membasahi bumi..bersama kedinginan malam, aku cuba melelapkan mata, namun aku tak berupaya..tidur ku tak mahu lena, mata ku juga tak mahu pejam...

Kini aku sedar..perasaan aku hari ni..seharian kegusaran, semua tak kena..perasaan rindu bertandang lagi rupanya..kini aku mula mengerti, seandainya aku kegelisahan, hati tak tentu haluan, perasaan sedih menyelubungi jiwa...tandanya aku merindui Mia..

Papa tidur nyenyak lah mia..harus bagaimana untuk mama meluahkan rasa rindu mama pada mia..harus bagaimana untuk mama kejutkan papa..rindu yang bertamu di kala hujan membasahi bumi tidak dapat menyejukkan rasa kehangatan rindu mama pada mia..hari ini mama tak dapat melawan perasaan rindu mama..kali ini mama turut kehujanan bersama hujan yang lembut di luar sana..

Terasa ingin mama melaungkan kerinduan ini tapi hari telah lewat malam sayang..ingin mama kejar mia mama, tapi apakan daya..hati meronta...jiwa bagaikan tersiksa di kala rindu menyapa jiwa..hanya disini mama mampu meluahkan perasaan rindu mama pada mia..anak syurga kesayangan mama.

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..Engkau Maha Pengasih dan Engkau Maha Mengetahui..sampaikan salam penuh kerinduanku..salam penuh kasih sayang untuk anakanda ku disana..

Ya Allah, Engkau kuatkanlah iman kami..tabahkanlah hati kami ya allah..berikanlah kami kekuatan dan kesabaran untuk kami melalui hari hari mendatang dengan penuh ketaqwaan padaMU ya Allah. Kurniakanlah kepada kami ya allah, anak-anak yang soleh dan solehah..sihat walafiat dan sempurna sifatnya..sesungguhnya Engkau Maha Pendengar dan Pengasih.

Malam ini, tidur mama bertemankan suara rindu mama pada Mia..

Mimpi Bertaut Lagi

Salam..feelings terrible and horrible sangat. Cuaca hari ni baik sangat tapi hati dan perasaan aku pulak yang buat pasal. Bosan giler betul harini. Arggggggggggg!!!! perasaan bercampur aduk. Badan rasa macam tak sihat..panas aje badan ni..tekak pun tak selesa..malasnya nak pergi jumpa doctor.

Malam tadi aku rasa, aku mimpikan "Mia" lagi..yeah!! aku mimpikan si budak kecil itu...adakah kerana aku merindui "dia" atau adakah kerana "dia" merindui aku? terlalu sukar untuk aku mengingati mimpi semalam, namun dalam kesamaran ingatan ini, aku tahu "baby mia" aku gembira disana..begitu suci keadaanya..

"Mia" hadir di kala aku dirundung kesedihan...di dalam aku memerlukan kekuatan dan kegembiraan..walaupun hanya dalam mimpi, tapi kehadirannya ada lah kekuatan aku untuk meneruskan hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran..hanya ALLAH yang tahu apa yang tersirat dan tersurat didalam hati ini..hanya ALLAH yang mengetahui kesedihan dan kelukaan sebenar aku.

March 12, 2009

Office

Pagi tadi bila bangun tidur, badan rasa sakit sangat..maybe sebab darah keluar banyak sangat or sebab side effect aspirin dgn parlodel yang aku makan malam tadi. Rasa macam malas sangat nak pergi office..ishhh tak leh tak masuk office, stayed kat rumah pun bukannya ada sesiapa pun...lagi sunyi rasanya.

Thanks to kengkawan yang sentiasa memberi semangat untuk aku dikala aku down giler babun arini..insyallah, aku pasti akan perolehi apa yang aku hajati..kerna kalian semua, aku kembali bersemangat untuk terus hadapi esok..lusa dan seterusnya..

Kerja kat office yang banyak dan semuanya nak cepat, membuatkan aku menjadi terlalu sibuk..tanpa sempat melayan rasa hati...suasana pejabat hari ini membantu seketika untuk aku melarikan diri dari memikirkan kegagalan semalam.

March 11, 2009

Bleeding vs Period (Menses) Part II

Harus bagaimana untuk aku memulakan bicara..harus bagaimana untuk aku luahkan rasa? wahai hati, bantulah aku untuk meneruskan bicara ini. Aku rasa, hati pun turut merasai apa yang aku rasa sekarang. Satu frasa kesedihan dan kekecewaan.

Sedari awal pagi aku di pejabat, perasaan terasa begitu halus..sebak sangat tanpa ku tahu puncanya..nak kata sebab bleeding vs period (menses) aku semalam, umppp entahlah, maybe ada sikit pertalian darah kat situ...dan perasaan sebak tu berterusan di dalam bilik doctor petang tadi...hujan di luar bangunan berganti di dalam...akhirnya airmata yang aku simpan gugur juga bila berjumpa doktor..

Apa perlu aku tangiskan pada satu kegagalan atau pada satu kekecewaan..kekadang aku terasa begitu penat..tapi adakah sebab ego aku, aku jadi begini..wahai hati berbisiklah pada jiwa..wahai jiwa, balutilah rasa luka ini..

Doktor suruh aku rehat dari segala ubat yg pernah aku ambil...tapi digantikan dengan 2 jenis ubat lain..Aspirin untuk 1 month and Parlodel for 5 days. Another appointment untuk scan pada 21hb. March, 2009...doktor nak tengok perkembangan aku without ubat2 yg pernah aku makan.

Ya Allah hanya padaMU aku berserah..hanya padaMU aku memohon. Tabahkan hati hambaMu ini..kuatkan semangat hambaMU..kurniakanlah rahmatMU padaku.

March 10, 2009

Bleeding vs Period (Menses)

Uwaaaaaa uwaaaa isk isk iskk.. sedihnya aku arini..tapi entahlah maybe sekarang hati aku ni keras or airmata dah kering untuk dikeluarkan..aku rasa treatment aku failed sekali lagi. Tadi masa kat office ada "spot" sikit..bila buang gi wee wee pun ada sikit, and than sekarang perut aku memulas bagai nak rak..macam mesin basuh rasanya sekarang..

Aduhhh..sedih memang sedih, kecewa tetap ada, namun bak kata hubby tadi..andai di takdirkan bleeding yg keluar tu tandanya bukan rezeki untuk kita, kiter redha sayang..andai rezeki itu telah ditetapkan oleh allah, "dia" tetap akan wujud di rahim..andai sebaliknya, kiter teruskan usaha..aduh!!! begitu syadu ungkapan hubby ku ini..

Esok jumpa doktor again..berserah dan bertawakal..

March 3, 2009

Aku..hubby..Office

Coming to March..yeahhh cepat betul masa berjalan kan. Last week aku buat treatment lagi..until now aku still kena mamam ubat yang di beri oleh doctor. Badan rasa tak sedap, asyik letih aje..bila dapat aje bantal, terus lelap..hope ada good news for this coming week. Amin.

Hubby outstation hari ni..for the first time aku tak dapat ikut...argggg isk isk iskk sedihnya hati..alasan yang diberi, takut aku kepenatan dgn perjalanan dan jarak yang jauh..uh!!!sian dia awal pagi lagi tengah sedap dilamun mimpi yang lena, hubby pulak dah mula drive ke Penang. Kalau dapat ikut, dapat ler balik rumah mak kejap kat Perak nun..

Kerja di office semakin hari semakin bertambah..kekadang rasa seronok bila berada di office kekadang geram..bukan sebab apa..sebab ada yang tak memahami keadaan staff lain yang memerlukan ketenangan seperti aku ni..fuh!!!! kalau dapat bercakap, dari pagi sampai ler ke petang asyik suara dia dia dia dan dia aje..dah ler site aku ni involved dgn system..bila asyik dgr suara yang sama. memang sakit hati woooooooo..aku rasa hujan yang turun pun pasti berhenti tapi dia belum tentu lagi..pastu bila time meeting, semua la yang kena sembur dgn boss sebab bising..tak sesuai betui..kalau perempuan mcm aku ni, kira ala ala boleh maaf ler sebab lumrah wanita kan..ni lelaki yang bersuara..tu belum lagi dia buka citer pasal artis! kena pulak kalau ada geng yg lain..tak masuk lagi ulasan citer2 kat TV yang dia tengok..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...